Dua Produk Coklat Cadbury Dairy Milk Disahkan Mengandungi DNA Babi

Setelah berdozen-dozen rakyat Malaysia memakan coklat jenama Cadbury sehingga sebati menjadi darah daging, kementerian kesihatan Malaysia hari ini telah mengesahkan terdapat DNA babi (porcine) dicampur dalam coklat susu kacang hazel dan coklat buah badam Cadbury Dairy Milk.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan medianya berekata DNA babi tersebut berjaya dikesan hasil daripada analisis yang dilakukan terhadap dua jenis coklat tersebut.

Coklat yang dimaksudkan mengandungi DNA babi itu ialah coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Cadbury-Dairy-Milk-DNA-Babi

Maklumat tentang terdapatnya DNA babi dalam produk cokalat susu Cadbury Dairy Milk mula tersebar serta menjadi viral dan kecoh di ruangan internet sejak semalam lagi melalui aplikasi media sosial.

Dalam satu kenyataan lain, pihak Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd telah memberi jaminan akan menarik balik dua produk coklat susunya yang disahkan mengandungi DNA babi dari pasaran serta-merta.

Kementerian kesihatan juga turut mengingatkan kepada penggemar coklat supaya membaca dan meneliti setiap kod nombor yang terdapat pada label produk terlebih dahulu sebelum membeli atau memakanya.

Jika ada sebarang keraguan atau persoalan tentang bahan atau kandungan yang terdapat dalam produk makanan atau produk pengguna lain, Ketua Pengarah Kesihatan menyarankan agar pengguna merujuk perkara ini pada pihak kementerian melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq
Dua Produk Coklat Cadbury Dairy Milk Disahkan Mengandungi DNA Babi Dua Produk Coklat Cadbury Dairy Milk Disahkan Mengandungi DNA Babi Reviewed by Jom Kongsi on 1:19 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Ok beres tuan tq .. infoanda.net kini dalam bloglist relevan sokmo :)

    BalasPadam
  2. terima kasih sebab sudi bertukar bloglist... done!

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.