Heliza Hanya Anggap Hafiz Hamidun Sebagai Abang Dan Tidak Lebih Dari Itu

heliza-hafiz

Segala gosip liar yang mendakwa Hafiz Hamidun adalah kekasih hati kepada penyanyi jelita bertudung yang semakin meningkat naik namanya iaitu Haliza Helmi akhirnya terjawab apabila tuan punya badan sendiri membuat pengakuan terbuka bahawa Hafiz Hamidun bukanlah ciri lelaki yang menjadi idamanya.

Apabila ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman hatinya, Heliza dilihat cuba mengelak dari mengulas atau menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan wartawan kepadanya.

Heliza turut memberi penjelasan mengapa dirinya tidak mahu mengulas isu tersebut kerana bimbang selepas ini akan muncul pula pihak tertentu cuba mengambil kesempatan jika ciri-ciri lelaki idaman hatinya di war-warkan kepada media.

Menjawab pertanyaan wartawan berkenaan hubungan dengan Hafiz seperti yang digemburkan media hiburan tempatan, Heliza menegaskan bahawa hubugan itu hanyalah setakat antara abang dan adik sahaja dan tidak lebih dari itu.

Model iklan syampu rabut itu juga berharap selepas ini semua pihak berpuas hati dengan penjelasanya dan berpesan agar pihak tertentu tidak lagi mengaitkan dirinya dengan mana-mana lelaki yang rapat denganya dalam industri hiburan tanah air.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Heliza Hanya Anggap Hafiz Hamidun Sebagai Abang Dan Tidak Lebih Dari Itu Heliza Hanya Anggap Hafiz Hamidun Sebagai Abang Dan Tidak Lebih Dari Itu Reviewed by Jom Kongsi on 6:16 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.