Ingin Tahu Apa Itu Cad

Bagi sesiapa sahaja yang tidak pernah mengikuti jurusan atau menceburi bidang kejuruteraan mekanikal (Mechanical Engneering) pasti akan tercengang-cengang bila ditanya tentang CAD atau terlompong mulut apabila rakan-rakan sekerja bersembang mengenainya di kedai mamak.

Namun semua itu tidak menjadi masalah selepas ini setelah membaca penerangan ringkas berkenaan CAD yang disediakan di bawah ini sebelum kita pergi lebih jauh dan memahami apa itu CAD dan juga cabang-cabangnya.

Rekabentuk berbantu komputer atau dalam bahasa orang putihnya Computer Aided Design (CAD) adalah satu program komputer yang berfungsi untuk menggambarkan sesuatu produk atau bahagian dari sudut pandangan tertentu.

computer-aided-drawing

Biasanya, produk yang ingin digambarkan itu akan diwakili dengan garis-garis ataupun simbol-simbol yang membawa maksud tertentu bergantung pada tujuan ia diaplikasikan. Untuk info anda, CAD ini selalunya merujuk pada dua perkara iaitu lukisan 2 dimensi (2D) dan juga 3 dimensi (3D).

Progaram CAD ini direka khas sebagai pemudah cara untuk membantu kita melakukan kerja  harian yang melibatkan pelbagai bidang terutamya  rekabentuk atau pembuatan supaya setiap produk yang dihasilkan itu menepati spesifikasi yang ditetapkan selain dapat menjimatkan masa dan kos.

Kewujudan program CAD ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk. Kaedah konvensional yang pernah digunakan dulu oleh para arkitek, pelukis plan atau juru reka tidak lagi relevan hari ini kerana semua kerja-kerja itu boleh dilakukan dengan bantuan komputer.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih.
Ingin Tahu Apa Itu Cad Ingin Tahu Apa Itu Cad Reviewed by Jom Kongsi on 9:42 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.