'Mesyuarat Karipap' Apa Kaitanya Dengan Kerajaan

Mesyuarat Karipap Kerajaan

Ramai orang gemar makan karipap, kalau boleh hidangan karipap mesti tersedia di atas meja untuk santapan pagi hampir setiap hari.

Namun tidak semua penggemar karipap ini tahu asal usul makanan tersebut dan juga jenis-jenis karipap yang ada. Yang mereka tahu hanya makan sahaja.

Menurut sumber Wikipedia, karipap amat popular dibeberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Berunei dan juga Singapura.

Kesedapan karipap yang selalu kita makan bergantung pada inti di dalamnya. Biasanya bahan utama untuk membuat inti karipap ialah ubi keledek dan ubi kentang. Kadangkala daging juga turut dicampur ke dalam inti karipap untuk dihidangkan kepada pengemar karipap daging.

Nama karipap biasanya dipanggil bergantung pada inti di dalamya yang dicampur dengan serbuk kari sebagai bahan perisa untuk menyedapkan lagi rasa karipap apabila dimakan.

Selalunya kuih karipap ini menjadi menu pilihan dalam mesyuarat kerajaan atau syarikat swasta sehinggakan ada pihak menggelar mesyuarat kerajaan sebagai 'mesyuarat karipap'. Kenapa mesyuarat kerajaan digelar sedemikian, hanya kakitangan kerajaan sahaja mampu menjawabnya.

Sebagai penggemar kuih karipap, kita perlu juga tahu jenis kuih karipap yang terdapat di Malaysia ini. Orang Johor memanggil karipap dengan nama epok-epok. Di setengah tempat pula memanggilnya temosa kerana intinya berasakan sambal ikan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang jenis-jenis karipap yang terdapat di negara ini, sila klik sini. Semoga dengan info yang sedikit ini dapat menambah pengetahuan anda tentang asal-usul karipap.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
'Mesyuarat Karipap' Apa Kaitanya Dengan Kerajaan 'Mesyuarat Karipap' Apa Kaitanya Dengan Kerajaan Reviewed by Jom Kongsi on 12:10 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.