Panduan Memasang Facebook Fans Page Dengan Betul

fb-page-infoanda
Tidak sempurna sesebuah blog itu jika tidak dilengkapi dengan widget Facebook Fans Page seperti yang anda dapat lihat pada ruangan sebelah kiri blog ini. Memasang widget ini sudah menjadi satu kemestian bagi setiap blogger samada yang baru atau blogger yang berstatus otai.

Biarpun tutorial memasang widget Facebook Fans Page  ini sudah banyak terdapat di laman carian Google dan dibahaskan cara pemasanganya, namun tidak salah sekiranya blog Info Anda menerangkan sekali lagi cara atau panduan memasang widget ini pada blog. Kepada anda yang baru berjinak-jinak dengan blog, pastinya info ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang dunia blog selain dapat dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja pada masa hadapan.

Tapi sebelum itu, penulis ingin memberikan sedikit penerangan ringkas tentang kelebihan atau manfaat yang kita boleh dapat sekiranya  memasang  widget ini pada blog. Antaranya ialah dapat meningkatkan populariti sesbuah blog bergantung pada jumlah LIKE yang diperolehi. Selain itu widget ini juga boleh dijadikan sebagai pemudah cara untuk anda menyalurkan segala maklumat yang ada dalam blog kepada golongan pembaca sasaran yang terdapat dalam Fans Page yang kita bina itu dengan pantas.

Bila sudah tahu kelebihan memasang widget ini sudah tentu anda ingin tahu bagaimana cara untuk memasang widget ini dengan betul. Oleh itu, sila ikut satu per satu langkah pemasanganya seperti yang disediakan di bawah ini.

Langkah pertama, pastikan anda sudah mendaftar Facebook Fans Page dengan menggunakan akaun Facebook sedia ada. Bagi yang belum sila daftar dulu maklumat Fans Page anda melalui link berikut: https://www.facebook.com/pages/create.php

fb-page-infoanda-1

Kemudian, ikut segala arahan yang diberikan oleh pihak Facebook dengan mengisi  beberapa butiran maklumat yang diminta sehingga terbinaya halaman fans page anda.

Langkah kedua pula ialah memasang Fans Page Facebook pada blog dengan membuat skrip kod untuk blog anda.

fb-page-infoanda-2
  1. Salin (copy) alamat URL halaman utama Facebook Fans Page anda yang telah didaftar, kemudian tampal (paste) pada WordPad sebagai rujukan.
     
  2. Untuk mendapatkan kod skrip bagi Facebook Fans Page sila klik pada link yang terdapat di bawah ini.
    http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

     
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diminta dengan mengisi alamat URL Facebook Fans Page  anda yang disimpan dalam WordPad tadi. Selepas itu tentukan saiz kotak fans page yang ingin dipaparkan pada blog mengikut kesesuaian kedudukan dan template blog.
Langkah ketiga,  klik pada butang 'Get Code' setelah anda selesai membuat pilihan.

fb-page-infoanda-3.jpg

Langkah keempat, klik pilihan 'IFrame' dan salin (copy) kodnya. Sekiranya tidak mahu prestasi SEO blog terjejas akibat penggunaan kod 'IFrame' ini, anda boleh menggunakan pilihan 'HTML5' bagi menggantikan kod 'IFrame' itu tadi.

fb-page-infoanda-4

Langkah kelima, fasa memasang kod 'HTML5' atau 'IFrame' pada Blogspot.

  • Log masuk ke laman blogger anda
  • Klik  'Layout' pada  menu sidebar bahagian sebelah kiri.
  • Klik butang 'Add a Gadget' pada bahagian sisi kanan sidebar yang akan menentukan kedudukan widget fans page anda.
  • Klik 'HTML/JavaScript', kemudian tampal (paste) kod 'HTML5' atau 'IFrame' yang anda telah salin tadi.
  • Akhir sekali klik 'Save' dan lihat hasilnya.

Sungguh mudah bukan! Diharap dengan adanya tutorial ini dapat membantu menyelesaikan segala kerunsingan anda selama ini kerana tercari-cari panduan yang betul memasang widget Facebook Fans Page pada blog.
Panduan Memasang Facebook Fans Page Dengan Betul Panduan Memasang Facebook Fans Page Dengan Betul Reviewed by Jom Kongsi on 9:51 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. sy akan cuba psg widget ini nanti. thanks for the info... sy dah letak link tuan di blog sy juga. tq sbb sudi bertukar2 link.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama, semoga berjaya..
      terima kasih Abe Kie

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.