Panduan Memilih Template Blog Yang Betul

template-blogSelain dari isi kandungan yang terdapat di dalam sebuah blog, dengan membuat pemilihan template blog yang sesuai dan bertepatan dengan tema juga mampu menggamit pelayar internet datang menziarahi blog kita.

Melalui pemilihan template blog yang sesuai bukan sahaja menjadikan blog kita kelihatan menarik, ia juga  akan berfungsi sebagai pemudah cara kepada pengunjung blog untuk mandapatkan maklumat yang dicari. Pendek kata, template blog kita itu mesra pengguna.

Dewasa ini, untuk mendapatkan template blog yang menarik dengan dilengkapi ciri-ciri SEO bukan lagi satu perkara yang susah. Terdapat banyak pilihan boleh kita buat dalam memilih template blog samada yang percuma atau berbayar bagi kita sanggup mengeluarkan duit untuk membeli template blog berbayar ini. Bagi yang baru bermula berjinak-jinak dengan dunia blog, disarankan  supaya memilih template blog percuma sebagai langkah permulaan.

Di bawah ini turut disediakan beberapa informasi berguna yang boleh dijadikan panduan dalam memilih template blog untuk anda yang masih lagi buntu memikirkan cara untuk memilih template blog yang mantap.

1. Template Mesti Sesuai Dengan Tema Dan Tujuan Blog

Jangan tersilap memilih template blog kerana ia akan membuatkan blog kita terus sepi tidak berpegunjung. Oleh itu, pilih template blog yang sesuai dengan tema dan tujuan sesebuah blog itu diwujudkan. Jika blog kita bertemakan fesyen, seharusnya template yang dipilih juga perlu ada kaitan dengan tema kita itu tadi. Sekiranya blog kita itu untuk tujuan peribadi atau syok sendiri, maka pilih template blog mengikut cita rasa sendiri atau yang berwarna warni. Sebaiknya, pilih blog yang dilengkapi ciri-ciri SEO, ceria, kreatif dan mesra pengguna supaya pengunjung tidak merasa bosan dan menyampah.

2. Mestilah Mesra SEO

Memilih template blog yang mesra SEO (Search Engine Optimazation) merupakan satu cabaran bagi jurublog tegar. Bukan kerana template  tersebut susah dicari tapi sudah terlalu banyak template blog yang dilengkapi ciri SEO sehingga kita rambang mata dan pening kepala memilihnya. Pemilihan template blog mesra SEO yang betul ia menjadikan blog kita itu berada pada kedudukan paling atas pada enjin carian (Search Engine) apabila pengunjung menaip kata kunci di carian Google (Google Search Engine) untuk mencari maklumat yang diingini.

blog-mudah-navigasi

3. Mesra Pengunjung Atau Mesra Alam

Sekiranya blog kita itu bukan termasuk dalam kategori blog syok sendiri, maka template blog yang mesra pengguna (User Friendly) harus digunakan. Apa itu template blog mesra pengguna? Template blog yang mudah dinavigasi dan tidak menyulitkan pengunjung untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Pilih template blog yang dilengkapi dengan ciri tertentu seperti ruangan menu, kolum, peta laman (Site Map) dan bermacam lagi. Contoh template blog yang mempunyai ciri navigasi yang baik  ialah seperti yang dapat kita lihat pada foto di atas. Walaupun ia kelihatan agak rumit dan sukar diselenggara, tapi percayalah bahawa template blog seperti itu akan membantu menambah jumlah paparan halaman (Pageview) pada blog anda.

4. Pilih Template Blog Yang Ceria Dan Beraneka Warna


Selain dari susun atur (layout), faktor warna pada template blog juga turut memainkan peranan penting terhadap sesebuah blog. Pemilihan template blog yang berwarna-warni akan menjadikan blog kelihatan kreatif dan ceria. Dengan itu, pengunjung blog akan merasa selesa dan tenang  apabila melayari blog anda.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Panduan Memilih Template Blog Yang Betul Panduan Memilih Template Blog Yang Betul Reviewed by Jom Kongsi on 11:20 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.