Panduan Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Beli Kamera Canggih DSLR

Apabila melihat rakan-rakan menggantung kamera DSLR di leher ke hulu ke hilir dengan lagak seperti jurugambar professional membuatkan hati kita merasa cemburu dan mula berangan-angan untuk memiliki kamera canggih seperti itu.

Jika dahulu kita hanya melihat sahaja orang lain menggunakan kamera tersebut, tapi sekarang tidak lagi kerana hari ini sesiapa sahaja mampu memiliki kamera DSLR atau SLR walau terpaksa mengikat perut, kerja tanpa henti selama setahun atau berhutang dengan Ah Long semata-mata untuk mendapatkan kamera idaman.

info-anda-panduan-kamera

Semasa mula-mula menceburi dunia blogging, penulis hanya menggunakan kemera 'cap ayam' untuk menangkap dan memuat naik gambar ke dalam blog tapi sekarang penulis sudah memiliki kamera DSLR sendiri berkat hasil menabung sejak dari kecil.

Memang seronok dapat memiliki kamera DSLR, bila pergi ke majlis-majlis besar kita tidak lagi merasa malu mengambil gambar apabila dapat berdiri sebaris dengan jurugambar terkenal ketika membuat liputan.

Setelah membaca mukadimah empat perenggan di atas, pasti anda mula rasa 'mengenyam' dan teruja untuk mendapatkan kamera DSLR. Jangan gelojoh! Bagi anda yang baru kali pertama hendak membeli kamera DSLR, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan dan mungkin juga boleh dijadikan panduan untuk anda sebelum pergi membeli kamera.

1. Pastikan Harga Kemera Tidak Melebihi Gaji Bulanan

Jika ikut logik akal biasanya harga kamera DSLR tidak dapat dengan nilai RM50, paling cikai pun ia bermula dalam harga RM2000 dan ke atas. Sekiranya anda tidak pernah menabung dari kecil, maka anda perlu rajin buat kerja 'over time' atau pinjam duit dengan kawan.

2. Saiz Dan Berat Badan Kamera

Kamera DSLR untuk 'bigginer' kebiasanya besar sedikit dari kamera 'cap ayam'. Selain ia ringan rekabentuknya kelihatan agak kompak sendikit. Untuk kamera DSLR yang berprestasi tinggi pula keadaanya agak berat dan besar tetapi binaanya kukuh.

3. Kualiti Dan Ketahanan Kamera

Biasanya orang tidak berapa peduli sangat tentang material yang digunakan untuk membuat kamera. Asalkan boleh tangkap gambar sudah. Namun kena tahu juga kamera yang kita  beli itu diperbuat dari bahan apa. Bagi DSLR untuk first time user biasanya dibina dengan bahan polycarbonate, sebab itu ia ringan. Untuk kamera DSLR yang lebih canggih dan mahal pula biasanya dibina dengan bahan magnesium alloy yang lebih kukuh serta tahan lasak

4. Saiz Sensor

Pengesan atau sensor adalah alat yang akan menukarkan cahaya yang diterima masuk dari lens menajdi isyarat elektrik. Sensor juga boleh diibarat seperti retina mata kita dan ia amat sensitif. Lagi besar saiz sensor kamera yang kita pakai, sudah tentu lagi mahal harganya dan kualiti gambar yang diambil lebih baik tapi bergantung pada si pemakai kamera tersebut.

5. Megapixel

Lebih tinggi saiz megapixel kamera anda miliki tidak bermakna gambar yang dihasilkan itu lebih bagus dan jitu. Ia sekadar untuk menentukan resolusi maksimum gambar yang mampu dirakam dalam satu-satu masa. Jika kamera yang bersaiz 6 megapixel mampu merakam gambar bersaiz kertas A4, sekiranya anda membeli kamera DSLR bersaiz 10 megapixel ke atas itu sudah kira bagus.

6. Tempoh Masa Dan Ketahanan Bateri

Kamera sahaja canggih tapi guna bateri  jenis cap udang memang tak sesuai langsung. Ketahanan dan perstasi bateri dikiran mengikut CIPA testing standard. Faktor bateri atau kuasa yang disalurkan ke dalam kamera anda memainkan peranan penting. Selain ia membolehkan  menentukan kadar berapa banyak gambar yang boleh diambil, adaklanya  juga ia turut mempengaruhi kualiti gambar yang kita rakam. Sekiranya bateri kamera mampu mengambil gambar sebanyak 400 kali dengan sekali cas itu sudah dikira ok. Bagi anda yang membeli kamera DSLR untuk tujuan yang lebih besar seperti mengambil gambar perkahwinan sudah tentunya kuasa bateri yang ada tidak mencukupi dan anda memerlukan kuasa tambahan dengan membeli bateri kamera yang boleh menyimpan kuasa lebih banyak berbanding bateri biasa.

7. Pilihan Memori Kad


Terdapat kamera DSLR menggunakan kad SD kerana harga kad memori tersbut lebih murah dari kamera DSLR yang menggunakan kad memori jenis CF yang lebih mahal hargnya. Pilih kad memori yang sesuai dengan kemampuan anda dan tujuan anda membeli kamera tersebut. Sekiranya untuk mengambil gambar biasa-biasa sahaja tidak perlu menggunakan kad memori yang mahal kerana kad memori biasa jenis SD juga mampu menyimpan banyak data tanpa menjejaskan kualiti gambar yang disimpan. Tapi sekiranya anda ada duit terlebih apa salahnya.

Sebenarnya terdapat banyak lagi tips berguna yang boleh dijadikan panduan untuk anda sebelum membeli kamera DSLR. Setakat ini, penulis menerangkan panduan-panduan yang penting dulu sebagai persediaan anda. InshaAllah, di lain masa penulis akan berkongsi lagi info-info menarik berkenaan kamera DSLR. Teruskan setia mengunjungi blog ini.
Panduan Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Beli Kamera Canggih DSLR Panduan Penting Yang Perlu Diketahui Sebelum Beli Kamera Canggih DSLR Reviewed by Jom Kongsi on 12:31 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.