Perisian Yang Mendokong Aplikasi CAD

Jika pada artikel lepas penulis ada menerangkan secara ringkas berkenaan apa itu CAD  yang anda boleh baca artikelnya di sini, pada artikel kali ini pula penulis akan menerangkan serba sedikit tentang prisisan atau dalam istilah orang putihnya disebut 'software' yang mendokong aplikasi CAD ini.

Setakat ini, perisian AutoCAD masih lagi menjadi juara dan juga menjadi pilihan para pemain industri terutamanya para arkitek dan pelukis plan untuk melaksanakan kerja mereka dalam bidang kejuruteraan, rekabentuk dan pembuatan.

Seiring dengan perkembangan teknologi dunia hari ini, AutoDesk melalui perisianya iaitu AutoCAD juga turut tidak ketinggalan sentiasa menambah baik fungsi perisian tersebut sesuai dengan kehendak pengguna dan cita rasa pelangganya. Boleh dikata hampir setiap tahun ada sahaja versi baru dikeluarkan.


Perisian AutoCAD kini telah digunakan secara meluas di Malaysia. Kebanyakan syarikat yang ada di negara ini telah menggunakan aplikasi tersebut untuk melancarkan kerja mereka selain dapat mengurangkan kesilapan (design erorr) yang sering berlaku apabila membuat kerja lakaran menggunakan kaedah konvensional.

Melihat kejayaan AutoDesk dengan persisian popularnya iaitu AutoCAD, telah mendorong beberapa syarikat perisian lain yang berteraskan CAD berlumba-lumba membangunkan perisian ini dengan menggunakan teknologi sendiri untuk menyaingi kehebatan AutoCAD seperti perisian DraftSight yang boleh didapati secara percuma setakat ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa perisian AutoCAD lebih mendapat perhatian berbanding perisian CAD yang lain dalam artikel ini? Jawapanya, kerana perisian dari Autodesk itu setakat ini tidak pernah mengecewakan si penggunanya. Apa sahaja perkara boleh dilakukan dengan perisian tersebut, namun semua itu bergantung pada kepakaran anda untuk mengandalinya.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Perisian Yang Mendokong Aplikasi CAD Perisian Yang Mendokong Aplikasi CAD Reviewed by Jom Kongsi on 10:48 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.