Perisian 3D Yang Mendokong Aplikasi CAD

Bila sebut pasal perisian CAD pasti yang muncul dalam kepala kita hanyalah AutoCAD. Apa yang kita tahu fungsi utama perisian tersebut hanyalah membuat lukisan teknik atau kejuruteraan dalam bentuk dua dimensi atau 2D.

Sebenarnya  terdapat banyak lagi perisian komputer di pasaran yang mendokong aplikasi CAD, cuma fungsi dan cara pegendalian perisian tersebut sedikit berbeza daripada perisian CAD yang biasa kita guna walau pada asasnya ia sama.

Selain dari AutoCAD yang kebiasaanya digunakan untuk membuat lakaran 2D, perisian rekebentuk berbantu komputer seperti Solid Works, Catia, Cimatron dan lain-lain juga turut menyokong aplikasi CAD, cuma lakaran yang dihasilkan dengan menggunakan perisian ini diterjemah dalam bentuk lukisan tiga dimensi atau 3D.

Perisian Solid Works merupakan cad software yang paling popular digunakan oleh para juru rekabentuk dan juga syarikat-syarikat kejuruteraan tempatan di negera ini kerana perisian tersebut mudah dikendalikan, selain sangat mudah dipelajari sekiranya anda masih baru dalam bidang yang berkaitan dengan CAD.

solidworks-info-anda

Sekarang, tentu kita sudah faham dan jelas apa itu cad dan juga perisian-perisian rekabentuk yang mendokong aplikasi CAD ini walau peneranganya tidak dinyatakan secara panjang lebar. Selepas ini tantunya kita tidak lagi tercengang-cengang atau tertanya-tanya tentang CAD apabila ia dibincang atau dibahaskan bersama teman-teman.

Untuk anfo anda, penulis adalah salah seorang pengguna tegar persian CAD ini. Sudah 10 tahun penulis bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan CAD. Antara persian CAD yang biasa penulis guna ialah AutoCAD dan juga Solid Works. Pada artikel yang akan datang  dan seterusnya, penulis hanya akan bercerita atau berkongsi maklumat yang berkenaan dengan kedua-dua perisian CAD ini sahaja. Harap maklum dan bersedia jika anda berminat untuk mendalami ilmu ini.

solidworks-info-anda-2

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Perisian 3D Yang Mendokong Aplikasi CAD Perisian 3D Yang Mendokong Aplikasi CAD Reviewed by Jom Kongsi on 12:05 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.