Petua Agar Dipermudah Untuk Dapat Teman Hidup

lambat-jodoh
Pasti ada di antara kita merasa cemburu atau iri hati apabila melihat sahabat baik atau teman sekeliling mempunyai pasangan cinta masing-masing. Apa yang lebih membuatkan kita terasa apabila teman-teman yang memiliki pasangan ini sudah merancang untuk melanjutkan hubungan cinta mereka hingga ke gerbang perkahwinan sedangkan diri kita masih lagi solo dan terus setia menanti teman hidup yang tak kunjung tiba.

Pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan termasuk mandi bunga, mandi bawah jambatan atau berhabis wang ringgit semata-mata untuk menarik perhatian orang yang disukai agar mendekati diri kita, namun usaha tersebut tetap tidak berhasil.

Pada artikel kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa tips atau panduan yang boleh dijadikan rujukan kepada anda supaya lekas mendapat teman hidup. Selain dari doa, dengan berkat usaha yang berterusan pasti akhirnya akan membuahkan hasil. Tidak salah sekiranya kita mencuba.

1. Jangan Memaksa Diri Untuk Jadi Sempurna

Jika kita berharap agar mendapat cinta yang sejati, maka jangan terlalu memaksa diri menerima cinta seseorang jika kita tidak yakin boleh menerima seadanya cinta tersebut. Cinta tetap akan hadir dalam hidup walau selama mana kita menunggu. Jangan sesekali menerima cinta seseorang disebabkan terpaksa atau tiada pilihan kerana itu akan menunjukkan diri kita sangat terdesak untuk mendapatkan cinta atau teman hidup.

2. Tidak Perlu Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Terdapat segelintir wanita masa kini gemar membuat perbandingan diri mereka dengan orang lain. Kita boleh sahaja kelihatan cantik, cerdas dan mempunyai teman hidup yang sempurna, namun apakah dengan cara begitu kita akan merasa seperti menjadi wanita paling malang dalam dunia ini? Pastinya tidak bukan. Setiap wanita yang diciptakan Tuhan memiliki keistimewaan tersendiri. Jadi, tidak perlu gusar sekiranya lambat mendapat jodoh kerana setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini dijadikan berpasang-pasangan untuk saling melengkapi.

3. Nikmati Kesibukan Saat Ini

Tidak kira bertapa sibuknya kita hari ini, nikmatilah saat itu sebaik mungkin. Luangkan masa bersama teman-teman dengan melakukan perkara yang diingini. Tidak siapa pun tahu apa akan berlaku  pada 5 atau 10 tahun akan datang kerana masing-masing telah berkeluarga dan tinggal berjauhan. Selain dari teman-teman, sibukan diri anda dengan melakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta. Luangkan masa bersama ibu bapa atau adik-beradik dengan melakukan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

4. Bersederhana Dalam Penampilan Diri

Berpenampilan cantik dan elegan pasti akan membuatkan kita kelihatan menawan pada pandangan mata sang lelaki, namun tidak perlu berlebih-lebihan sehingga sanggup membazir wang ringgit. Jadilah diri sendiri kerana cinta yang tulus dan suci akan menerima diri kita seadanya.

5. Cintai Diri Sendiri

Ramai wanita berharap agar orang lain melihat dirinya sebagai seorang yang baik, penyayang dan menyenangkan tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Dengan mencintai diri sendiri akan membuatkan kita merasa lebih yakin dan secara automatiknya dengan izin Tuhan cinta sejati akan datang dengan sendirinya.

Bukan susah pun untuk dapatkan teman hidup jika kita rajin berusaha. Semoga dengan adanya panduan ini dapat membantu menjayakan misi anda memburu jodoh.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Petua Agar Dipermudah Untuk Dapat Teman Hidup Petua Agar Dipermudah Untuk Dapat Teman Hidup Reviewed by Jom Kongsi on 9:20 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.