Rakyat Malaysia Boleh Saksikan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014 Secara Langsung di RTM

astro-rtm-piala-thomas
Harapan rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan perlawanan akhir secara langsung kejohanan Piala Thomas 2014 akhirnya menjadi kenyataan apabila pihak Astro berbesar hati memberi kebenaran kepada RTM melalui saluran TV1 menyiarkan perlawanan tersebut pada petang Ahad ini.

Menurut Ketua Pengarah RTM, Datuk Norhyati Ismail berkata pihak Astro telah bersetuju memberi hak siaran kepada RTM supaya perlawanan akhir Piala Thomas pertemuan antara Malaysia dan Jepun dapat disaksikan secara langsung seluruh rakyat Malaysia.

Tambah beliau lagi, rundingan yang diadakan dengan pihak Astro ini atas permintaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery setelah mejoriti rakyat Malaysi menyatakan hasrat dan harapan agar perlawanan akhir Piala Thomas itu dapat disiarkan secara langsung di stesen TV milik Kerajaan.

Untuk info anda, Astro merupakan pemegang hak siaran langsung kejohanan Piala Thomas dan Uber 2014. Dalam pada itu, pihak RTM turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Astro kerana telah menunaikan harapan rakyat Malaysia untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Thomas secara langsung di RTM.

Malaysia layak mara ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun menunggu dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 tanpa belas kasihan dalam perlawanan separuh akhir semalam.
Rakyat Malaysia Boleh Saksikan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014 Secara Langsung di RTM Rakyat Malaysia Boleh Saksikan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2014 Secara Langsung di RTM Reviewed by Jom Kongsi on 10:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.