Samsung Galaxy S5 Antara Telefon Pintar Wajib Dimiliki

Pengeluar telefon bimbit berjenama Samsung terus menguasai pasaran telefon pintar dunia dengan pengenalan produk terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S5.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan ciri inovasi terkini yang menekankan beberapa aspek penting seperti rekabentuknya yang mesra pengguna, salain dari kamera yang boleh mengambil gambar berdifinisi tinggi (HD), ia juga turut disertakan dengan sistem hubungan terbaik dan menepati selera penggunanya.

Selain itu juga, telefon pintar ini juga turut dilengkapi  dengan LTE Cat.4 dan juga WiFi MiMO yang membawakan sambungan rangkaian pantas untuk kepuasan pengguna mereka ketika melayari internet.

Aplikasi isitimewa Gear Fit turut dimuatkan ke dalam telefon ini  yang berfungsi sebagai peranti tambahan  yang membolehkan pengguna memantau tahap kecergasan telefon pintar mereka.

Tempoh masa melayari internet menjadi lebih lama apabila telefon pintar Samsung Galaxy S5 ini turut dibekalkan dengan kuasa bateri berkapasiti 2800Ah yang mampu bertahan hingga 10 jam.

Paparan warna mendatar yang terdapat pada telefon pintar terbaru rekaan Samsung ini juga dilengkapi ikon pada peranti turut memberi penampilan yang lebih elegan sesuai dengan citarasa golongan muda-mudi masa kini.

Galaxy-S5-Terbaik

Samsung Galaxy S5 yang  memiliki skrin sesentuh bersaiz 5.1-inci HD dan dilengkapi ciri Super AMOLED itu juga turut dipadankan dengan sokogan Local CE yang membolehkan telefon pintar tersebut mengemaskini aplikasinya secara automatik mengikut keadaan persekitaran.

Paling istimewa sekali mengenai telefon pintar ini, ia direka dengan ciri kali air dan debu IP67 yang mana pengguna tidak lagi perlu merasa bimbang tentang telefon pintar mereka pada waktu hujan atau berada ditempat yang berdebu.

Bagi pengguna telefon pintar yang gemar mengambil gambar atau merakam video, Samsung Galaxy S5 ini juga turut menyediakan aplikasi Fast AutoFocus, HDR dan juga fokus pilihan. Untuk mendapatkan rakaman video yang berkualiti gadjet ini juga dilengkapi dengan sensor 16-megapixel serta cipset khas melalui aplikasi Fast AF yang mampun merakam sepantas 0.3 saat.

Bagi pengguna yang gemar melakukan muat turun lagu atau video, rekaan telefon pintar ini juga turut disediakan dengan aplikasi sokongan Download Booster, agar proses muat turun yang dilakukan itu berjalan dengan lebih pantas.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih.
Samsung Galaxy S5 Antara Telefon Pintar Wajib Dimiliki Samsung Galaxy S5 Antara Telefon Pintar Wajib Dimiliki Reviewed by Jom Kongsi on 1:05 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.