Skuad Piala Thomas Negara 2014 Berjaya Tamatkan Dominasi China

piala-thomas-2014-final
TAHNIAH kepada skuad Piala Thomas Malaysia yang diketuai Datuk Lee Chong Wei bersama rakan pasukanya kerana berjaya mara ke final setelah mengalahkan Indonesia dengan mata 3-0 di saingan separuh akhir yang berlangsung di New Delhi, India.

Kemenangan skuad Piala Thomas negara ini sekaligus menamatkan kamaru selama 12 tahun selepas kali terakhir Malaysia menjejakkan kaki ke perlawanan akhir kejohanan yang penuh berprestij itu di terbuka Cina pada tahun 2002 sebulum tumpas di tangan Indonisia.

Kelibat Chong Wei dalam kejohanan Piala Thomas kali ini telah menjadi tunjang utama kepada skuad negara apabila berjaya memberikan mata kemenangan pertama dengan mengalahkan saingan utama dari Indonesia, Tommy Sugiarto dengan mata  kemenangan21-19 dan 21-13.

Sementara itu, dalam kejohanan yang sama juga, beregu negara Tan Boon Heong-Hoon Thien How diheret bermain tiga set sebelum menundukkan beregu nombor satu dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dengan mata kemenangan 21-19, 8-21, 23-21 sekaligus meletakkan kedudukan selesa skuad Piala thomas negara berada 2-0 di depan.

Perlawanan penentuan samada skuad negara layak mara ke perlawanan akhir dinanti dengan penuh debaran. Ketangkasan Chong Wei Feng ketika bertemu pemain muda Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka  akhirnya berjaya mengahasilkan kemenangan yang dinanti-nanti dengan mata 21-10, 21-17  sekaligus mengesahkan skuad Piala Thomas negara layak ke pertarungan akhir bertemu Jepun yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Kemenangan yang tidak pernah diduga ini telah menamatkan kuasa badminton dunia yang di pegang oleh China selama ini yang telah menyadang gelaran juara Piala Thomas sebanyak lima kali berturut-turut sejak dari tahun 2004. Dengan kemenangan ini, adakah kuasa badminton negara telah kembali pulih seperti mana zaman kegemilanganya dulu? Sama-sama kita doakan agar skuad negara berjaya membawa pulang Piala Thomas ke Malaysia seperti yang diimpikan selama ini.
Skuad Piala Thomas Negara 2014 Berjaya Tamatkan Dominasi China Skuad Piala Thomas Negara 2014  Berjaya Tamatkan Dominasi China Reviewed by Jom Kongsi on 3:32 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.