Tablet Philips PI4010GB1 Sasar Gologan Menengah

Biarpun tablet Philips PI4010GB1 tidak boleh diguna untuk membuat panggilan telefon, namun gadjet ini sesuai dimiliki oleh golongan sederhana pendapatnya yang ingin memiliki tablet sendiri.

Baru-baru ini di Hong Kong telah berlangsung satu majlis pelancaran bagi memperkenalkan produk terbaru dari Philips ini yang menyasarkan golongan pertengahan sebagai pembeli utama produk tablet keluaran syarikat mereka.

Tablet ini turut dilengkapi dengan skrin sesentuh berukuran 20 sentimeter yang beresolusi 1280 x 800 piksel yang disokong dengan teknologi IPS, serta boleh berfunsi terhadap aplikasi Miracast.

Philips-PI4010GB1

Pada bahagian dalamnya pula, tablet Philips PI4010GB1 turut dikuasakan dengan prosesor quad core MediaTek MT8382 yang berkelajuan 1.3GHz serta dilengkapi dengan memori (RAM) berkapasiti 1 Giga Byte (1GB) selain memori dalaman sedia ada bersaiz 4GB.

Selain itu, pada bahagian belakang tablet, terdapat kamera utama 2 Mega Pixels (2MP) dan kamera sekunder VGA di bahagian depan untuk memudahkan pengguna tablet tersebut menangkap gambar 'selfie'.

Rekaan tablet ini juga turut mempunyai sambungan 3G dan WLAN serta bateri khas berkapasiti 4,060 mAh yang mampu bertahan selama 10 jam sekiranya berada dalam 'sleep mode' atau tidak aktif.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik pilihan butang 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih.
Tablet Philips PI4010GB1 Sasar Gologan Menengah Tablet Philips PI4010GB1 Sasar Gologan Menengah Reviewed by Jom Kongsi on 11:54 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.