Vivofit , Gelang Kecergasan Untuk Anda Yang Mementingkan Gaya Hidup Sihat

vivofit-info-andaDalam segmen gajet kali blog Info Anda ingin memperkenalkan satu gajet menarik yang kini mula diminati golongan muda di serata dunia yang mementingkan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini, pengedar tunggal produk Garmin di Malaysia, AECO Technologies (M) Sdn. Bhd telah memperkenalkan Vívofit (veevo-fit) atau dikenali  sebagai gelang kecergasan  untuk dipasarkan di  Malaysia.

Gelang kecergasan  ini direka supaya si pemakainya kelihatan bergaya sesuai dengan cita rasa golongan muda mudi hari ini yang aktif dan lincah. Selain itu, gelang kecergasan ini juga dapat mendorong mereka yang selama ini malas bersenam atau bersukan kembali melakukan aktiviti sihat itu.

Selain dari rekabentuknya yang unik dan ringan serta mudah dipakai atau ditanggalkan, gelang kecergasan Vívofit ini didatangkan dengan aneka warna menarik. Gajet terbaru dari Garmin ini juga turut dikuasakan dengan bateri yang mampu bertahan selama satu tahun dan juga kalis air. Si pemakai juga boleh menetapkan gelang kecergasan ini dalam keadaan mod tidur bagi membolehkan Vívofit memantau kualiti rehat anda.

Antara kelebihan lain  gelang kecergasan ini ialah ia boleh diselaras dengan aplikasi iOS 4S serta Android 4.3 versi baru. Vívofit juga turut berfungsi sebagai pemantau kadar denyutan nadi dan boleh menyimpan data denyutan jantung serta merekod jumlah kalori bagi setiap aktiviti senaman yang kita lakukan kecuali menunggang basikal.

Menarik bukan gajet ini, kepada anda yang aktif bersukan atau bersenam serta amat mementingkan kesihatan diri, memang patut anda memiliki gajet ini apabila ia mula berada  di pasaran kelak.

Nota: Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila klik butang pilihan 'share' di bawah agar info ini dapat disebarkan pada yang lain. Terima kasih. 
Vivofit , Gelang Kecergasan Untuk Anda Yang Mementingkan Gaya Hidup Sihat Vivofit , Gelang Kecergasan Untuk Anda Yang Mementingkan Gaya Hidup Sihat Reviewed by Jom Kongsi on 11:55 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.