Amalan Pemakanan Sihat Untuk Wanita Yang Ingin Cepat Mengandung

Makanan-agar-cepat-hamil-info-anda
Selain dari perlu kerap melakukan hubungan seks, melalui amalan pemakanan secara sihat juga boleh menjadi faktor penentu seseorang wanita itu cepat hamil atau mengandung.

Seperti yang kita ketahui, melalui pengambilan makanan yang mempunyai gizi seimbang akan menjadikan tubuh badan kita kelihatan segar dan kekal sihat sekaligus dapat meningkatkan tahap kesuburan.

Setiap wanita yang mengandung seringkali diberitahu supaya tidak mengambil makanan tertentu terutamnya makanan yang tidak mengandungi banyak khasiat kerana ia boleh membahayakan kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis makanan tertentu yang boleh dimakan bagi meningkatkan tahap kesuburan wanita dan juga lelaki agar peluang untuk hamil itu tinggi bagi pasangan yang terlalu menginginkan cahaya mata.

Jika anda tidak sabar ingin hamil seperti pasangan normal lain setelah 'bekerja keras' siang dan malam tidak mengira tempat, apa kata cuba amalkan pengambilan jenis-jenis makanan di bawah ini sebagai menu wajib harian anda.

Makan Ais Krim

Bila sebut ais krim jangan ada yang salah faham pula. Bukan 'ais krim' yang itu. Bagi wanita yang ingin mengandung, ais krim adalah salah satu makanan sampingan yang berpotensi membantu meningkatkan peluang kehamilan. Menurut kajian yang dilakukan mendapati kandungan susu (whole milk) mampu melindungi tubuh wanita dari gejala ketidaksuburan. Oleh itu anda digalakan makan ais krim jika ingin cepat hamil.

Makanan Berasaskan Kekacang

Kacang merupakan sejenis bijian yang mengandungi kadar khasiat yang tinggi. Amalan memakan kacang ini juga dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvad mendapati 39 peratus dari 19 ribu orang wanita yang merancang  kehamilanya memerlukan kadar protein yang tinggi yang boleh diperolehi melalui kekacang ini.

Amalkan Makan Sayur Hijau


Kecuali rumput apa sahaja jenis sayuran hijau yang boleh dimakan harus diambil dengan kadar yang banyak. Sayuran hijau ini diperkaya dengan folat dan vitamin B yang sangat membantu meningkatkan tahap kesuburan. Tidak kira wanita atau lelaki amat digalakkan mengambil sayuran hijau ini sebagai menu utama untutk mendapatkan sperma yang berkualitin dan rajin bekerja serta sel telur yang subur dan siap sedia melakukan persenyawaan pada bila-bila masa.

Produk Tenusu

Susu yang kaya denga kalsium bukan sahaja membantu menguatkan tulang, mala ia juga membantu menghasilkan hormon kesuburan seperti FSH dan LH. Selain mengambil yoghurt, susu dan telur sertakan juga ikan dalam menu harian anda kerana ikan mengandungi gizi yang bagus untuk kesuburan sehingga boleh mempercepatkan peluang untuk hamil.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis makanan yang boleh dijadikan menu utama bagi anda yang ingin lekas hamil. Semoga dengan sedikit maklumat pemakanan ini dapat membantu anda yang ingin hamil memulakan langkah pertama sebelum impian memiliki cahaya mata dimakbulkan.
Amalan Pemakanan Sihat Untuk Wanita Yang Ingin Cepat Mengandung Amalan Pemakanan Sihat Untuk Wanita Yang Ingin Cepat Mengandung Reviewed by Jom Kongsi on 12:49 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.