Canon EOS 1200D Sesuai Untuk Pendatang Baru Dalam Dunia DSLR

Biarpun kamera ini hanya dilengkapi ciri-ciri asas dan keluarkan khas untuk pengguna yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia DSLR, namun tidak bermakna kamera ini tidak boleh menghasilkan gambar yang jelas dan berkualiti. Kamera Canon DSLR 1200D sangat sesuai dijadikan kamera pertama bagi anda yang berhasrat untuk membeli kamera jenis ini kerana ia mudah dikendalikan.

Kamera Canon EOS 1200D ini juga turut dilengkapi dengan lensa kit EF-S18-55 IS II. Pada bahagian dalam pula, kamera Canon EOS 1200D DSLR terbaru menggunakan sensor APS-C CMOS 18MP yang memiliki kepantasan pada mod continous speed hingga boleh mencapai 3fps.

Selain itu juga, Canon 1200D ini juga turut disokong dengan prosesor DIGIC 4 serta mampu menghasilkan resolusi sebesar 18 megapiksel. Sungguh mantap bukan!

Canon-EOS-1200D-info-anda

Antara ciri-ciri tambahan yang disertakan dalam kamera pula ini adalah Creative Filters serta Scence Intelligent Auto yang boleh disesuaikan dengan apa jua keadaan pengambilan gambar secara automatik.

Sekiranya gambar diambil dalam keadaan pencahayaan yang tidak begitu memuaskan, kamera EOS 1200D ini tidak menghalang penggunanya mendapatkan kualti gambar yang baik kerana kamera ini turut menyedia pengaturan ISO dari 100 hingga 6400 dan boleh dilaras sehingga mencapai 12800. Selain itu juga terdapat 9 titik auto focus berjenis cross-type terpasang pada Canon 1200D.

Teknologi Al servo AF yang terdapat pada kamea Canon EOS 1200D juga sangat membantu dalam penangkapan objek foto yang bergerak seperti model DSLR yang lain.


Canon EOS 1200D Sesuai Untuk Pendatang Baru Dalam Dunia DSLR Canon EOS 1200D Sesuai Untuk Pendatang Baru Dalam Dunia DSLR Reviewed by Jom Kongsi on 10:12 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.