Samsung Perkenal Telefon Pintar Baru Guna Platform Tizen

Pengeluar telefon pintar terkenal dunia, Samsung baru-baru ini telah melancarkan satu lagi produk telefon pintar terbarunya yang menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan turut menyifatkan peranti canggih itu sebagai Internet of Things.

Pengeluar produk telefon pintar yang berasal dari Korea Selatan itu mempamerkan Samsung Z, telefon pintar pertama di dunia yang dijana platform Tizen bagi membezakannya daripada majoriti peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

samsung-z-tizen

Dalam satu kenyataan medianya Samsung berkata, telefon pintar yang menggunakan platform Tizen ini buka hanya semata-mata telefon tetapi ia juga boleh dihubungkan dengan peranti lain seperti peralatan rumah, mampu menguci pintu melalui kawalan dari telefon pintar dan disertakan dengan jam tangan yang boleh berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi dengan orang lain pada masa depan.

Pada suku ketiga tahun ini, Samsung telah memilih Rusia sebagai negara pertama yang akan menjual produk telefon pintar terbarunya ini yang menggunakan platform Tizen sebelum ia dipasarkan secara meluas ke negera lain. Pengumuman gajet terbaru ini dibuat selepas Apple melancarkan produk telefon pintar terbarunya yang menggunakan sistem operasi  iOS.

Untuk info anda, kebanyakkan gajet terkini keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S dan seangkatan denganya menggunakan sistem operasi Android.
Samsung Perkenal Telefon Pintar Baru Guna Platform Tizen Samsung Perkenal Telefon Pintar Baru Guna Platform Tizen Reviewed by Jom Kongsi on 8:48 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.