Diana Danielle Enggan Komen Isu Aksi Intim Nora Danish Dengan Suaminya

Isteri kepada Farid Kamil yang juga merupakan seorang pelakon jelita, Diana Danielle hari ini diberitakan enggan memberi sebarang maklumbalas berhubung isu cemburu yang melibatkan Nora Danish dan juga suaminya.

Isu cemburu dan tidak puas hati isteri Farid Kamil ini terjadi apabila Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan bekas isteri kepada Jejai itu memegang tangan suaminya.

diana-cemburu-nora-danish

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai soalan dari wartawan, Diana tetap enggan untuk mengulasa tentang kejadian yang berlaku. Diana hanya menjawab ringkas dengan ucapan terima kasih dan tidak mahu komen hal-hal yang melibatkan keluarga.

Tindakan tidak professional Diana selaku pelakon yang telah lama menceburi dunia hiburan telah mendapat respon kurang senang dari peminatnya di lama Instagram, malah ada yang menganggap sikap cemburu Diana itu menunjukkan dirinya tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakan.

Sementara itu, Farid Kamil ketika ditemuramah pada Rabu lalu berharap agar pihak yang terasa hati dengan sikap isterinya dapat memaafkan segala kesilapan yang dilakukan. Farid, 32, turut menyatakan sikap cemburu isterinya itu adalah perkara normal yang dilalui setiap wanita dan berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan lagi.
Diana Danielle Enggan Komen Isu Aksi Intim Nora Danish Dengan Suaminya Diana Danielle Enggan Komen Isu Aksi Intim Nora Danish Dengan Suaminya Reviewed by Jom Kongsi on 8:50 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.