Felixia Yeap Kecewa Foto Seksi Miliknya Jadi Modal Si Hidung Belang

Felixia-Yeap-panas.jpg

Beberapa hari lepas, Felixia Yeap ketika ditemuramah wartawan hiburan tempatan telah menzahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang dengki melihat perubahan dirinya dengan menyiarkan kembali gambar-gambar seksi lamanya sehingga menjadi tumpuan ramai dan mengundang komen-komen tidak senonoh yang berusur lucah.

Ekoran dari penyebaran foto-foto seksi tersebut, bekas model Playboy terkenal itu telah membuat keputusan untuk meminta pihak yang berkenaan supaya memadam kesemua gambar lama miliknya  yang berada di enjin carian. Menurutnya lagi, tugas memadam gambar-gambar tersebut dijangka selesai sebelum Ramadan ini.

Lazada Malaysia

Felixia Yeap juga turut menyatakan kesedihanya apabila komen berbaur lucah yang ditulis oleh pihak yang tidak bertanggunjawab itu telah mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya.
Apa yang mereka komen pada gambar lama itu mengenai masa silam saya sebelum berhijab. Saya rasa golongan yang memberikan komen lucah ini merasakan diri mereka sangat baik dan lebih berkuasa daripada tuhan serta tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.
Pada sesi akhir termurah yang dijalankan, model berusia 28 tahun itu berharap dan menasihatkan kepada individu atau pihak tertentu yang berbuat demikan untuk memalukan dirinya supaya berhenti dari mengutarakan komen negatif kerana menyebabkan emosi dan kehidupan barunya terganggu.
Saya cuma boleh menyedarkan mereka apa yang mereka buat itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dilakukan kepada saya yang kini sedang mendalami Islam.
Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, maklum balas yang diterima dari orang ramai berhubung isu penyebaran foto-foto lama milik Felixia Yeap ini, mejoritinya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan mereka berharap agar Felixia Yeap terus tabah dengan dugaaan atau ujian yang datang.
Felixia Yeap Kecewa Foto Seksi Miliknya Jadi Modal Si Hidung Belang Felixia Yeap Kecewa Foto Seksi Miliknya Jadi Modal Si Hidung Belang Reviewed by Jom Kongsi on 11:16 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.