HTC M8 Ace Vogue Edition Lebih Ringan Dan Murah

htc-one-m8-infoanda

Beberapa minggu lepas HTC Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar HTC One M8 Ace atau Vogue Edition. Telefon pintar ini mempunyai reka bentuk yang hampir sama dngan HTC one M7.

Didatangkan dalam 4 warna iaitu putih, hitam, biru dan merah, telefon pintar keluaran HTC China ini turut dilengkapi spesifikasi yang sama dengan telefon pintar HTC One M8 termasuk pemproses Snapdragon 80, kamera tunggal 13MP, kamera hadapan 5MP dan speaker berkembar BoomSound.

Sebahagian perisian (software) HTC One M8 turut digambungkan pada HTC One M8 Ace, antaranya perisian Extreme Battery Saving Mode. Untuk memudahkan kerja membuka kekunci telefon pintar, pengguna boleh menggnakan gesture  Montion Launch dengan hanya tap dua kali pada skrin.

Selain dari harganya lebih murah berbanding dengan telefon pintar lain, HTC M8 Ace Vogue ini sangat ringan dan mudah di bawa ke mana sahaja kerana bentuk badan (casing) telefon pintar tersebut diperbuat dari plastik tahan lasak.
HTC M8 Ace Vogue Edition Lebih Ringan Dan Murah HTC M8 Ace Vogue Edition Lebih Ringan Dan Murah Reviewed by Jom Kongsi on 9:55 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.