Jangan Malu Untuk Bangkitkan Ghairah Malam Pertama

Malam pertama merupakan detik yang sungguh istimewa kuhusunya buat pasangan uda dan dara. Lantaran itu, sudah tentu anda mahukan ia berlangsung dalam suasana indah yang cukup romantis. Jadi buat anda, ikutilah tip berikut agar pengalaman pertama anda dan dia berakhir penus kemanisan dan kemesraan.

info-anda-ghairah-malam-pertama

1. Segarkan Tubuh

Seharian melayani tetamu yang datang meraikan perkahwinan anda dengan pasangan tentu sangat meletihkan. Namun, jangan biarkan ia merosakkan kehangatan malam pertama anda. Sebelum bersama, basahkanlah seluruh tubuh anda agar anda berasa lebih segar dan selesa. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu untuk bersendirian supaya kita bersamanya nanti, anda akan lebih releks dan tenang. Belailah tubuh terlebih dahulu sebelum si dia membelai anda.

2. Pakai Wangian

Ingatlah bahawa malam itu merupakan detik yang cukup istimewa buat anda dan pasangan. Jadi pakailah wangian yang berbau harum dan lembut agar dia tergoda dengan kehadiran anda. Kalau boleh, pilihlah wangian paling digemarinya. Elakkan daripada dia terganggu dengan bau mulut ataupun tubuh anda yang kurang enak. Penggunaan lilin beraroma terapi mahupun taburan kelompok mawar di atas katil nescaya mampu membangkitkan moodnya untuk menghabiskan malam bersamanya. Macam dalam cerita wayang pula.

3. Tampil Seksi

Sempena malam istimewa, dampingilah kekasih hati dengan pakaian yang indah dan seksi. Baju tidur dari fabrik yang nipis serta jarang pasti membuatkan hatinya bergetar ketika memandang anda.

4. Jangan Terburu-Buru

Ini pengalaman pertama anda berdua. Jadi usahlah terburu-buru atau gelojoh kerana ia mampu menjejaskan mood anda dan pasangan. Kekecewaan pasti terasa kalau salah seorang daripada anda kurang memberika kerjasama. Jadi nikamatilah ia dalam keadaan  releks dan tidak tertekan. Detik tersebut pasti menyeronokkan! Pasangan anda masih belum bijak mengawal pergerakkanya. Jadi tidak dapat tidak, dia mungkin menyakiti anda secara tidak sengaja. Lantaran itu, usahlah menyerah atau mendiamkan diri. Sebaliknya berterus-teranglah agar anda dan dia sama-sama dapat mengecap keseronokkan malam pertama. Walau bagaimanapun, pastikan anda menegur perlakuanya dengan nada yang lembut agar diat berasa tersinggung.

5. Bimbing Pasangan

Memandangkan ia merupakan pengalaman pertama anda berdua, sudah tentua dia belum cukup arif dengan 'daerah-daerah' ghairah anda. Jadi, bimbinglah dia. Anda boleh boleh menuntun tanganya ke bahagian yang anda sukai supaya keseronokkan  seks dapat dinikmati.

6. Lupakan kesakitan

Sakit pada organ seks tatkala menjalinkan hubungan seks buat kali pertama merupakan perkara biasa yang dilalui di kalangan wanita. Namun, jangan biarkan ia mengganggu  saat keiintiman anda beersama pasangan. Singkirkan perasaan takut yang menyelubungi anda. Sebaliknya, fikir dan bayangkanlah segala yang indah-indah, Namun usah sekali berpura-pura mencapai klimaks.

Bagaimana? Anda sudah bersedia untuk menempuh malam pertama.
Jangan Malu Untuk Bangkitkan Ghairah Malam Pertama Jangan Malu Untuk Bangkitkan Ghairah Malam Pertama Reviewed by Jom Kongsi on 10:27 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.