Pemimpin Politik Berbeza Ideologi Bertemu Mesra Di Hospital

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tengah hari Ahad semalam dilaporkan telah meluangkan masa menziarahi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Turut difahamkan kunjungan Perdana Menteri ke IJN itu berlangsung kira-kira 45 minit. Melalui laman sosial Facebook miliknya, Perdana Menteri Malaysia menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Presiden PAS itu bertambah baik dan segera keluar dari pusat rawatan tersebut supaya dapat bersama keluarga menjalankan ibadah puasa.

najib-hadi-awang-ijn

Datuk Seri Najib terut berkongsi beberapa keping gambar beliau bersama Abdul Hadi Awang yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Kunjungan Perdana Menteri ke IJN melawat rakan politiknya itu telah mendapat maklumbalas yang baik dari rakyat di laman sosial. Mejoriti pengguna laman sosial yang mengikuti perkembangan berita ini berpendapat bahawa perbezaan ideologi politik bukan penghalang untuk umat Islam melakukan kebaikkan.

Difahamkan, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berusia 67 tahun itu dimasukkan ke IJN bagi mendapatkan pemeriksaan perubatan susulan selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul, Turki hujung bulan lalu.
Pemimpin Politik Berbeza Ideologi Bertemu Mesra Di Hospital Pemimpin Politik Berbeza Ideologi Bertemu Mesra Di Hospital Reviewed by Jom Kongsi on 12:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.