Panduan Solat Jenazah Serta Kepentingan Dan Kelebihanya

Bila sebut pasal solat jenazah pasti ada di antara kita beranggapan bahawa hukum melakukan solat tersebut hanyalah fardhu kifayah atau seorang buat yang lain tak payah. Sebelum ini, penulis juga beranggapan sedemikan, namun kini sudah insaf setelah pencerahan diberikan tentang bertapa pentingnya melakukan solat jenazah dan kebaikanya untuk yang hidup dan pada si mati.

Kurang kesedaran tentang bertapa pentingnya solat jenazah yang patut dipupuk sejak dari awal usia lagi telah menyebabkan ramai dari kita atau saudara-mara terdekat menganggap perkara tersebut tidak penting kerana ada pihak lain telah melakukanya.

info-anda-solat-jenazah

Bagi membetulkan salah tanggapan segelintir pihak  berkenaan solat jenazah ini, penulis terpanggil untuk berkongsi beberapa panduan atau cara-cara melakukan solat jenazah yang betul dengan mengikut tertibnya.

Sebelum kita melakukan solat jenazah ada beberapa persediaan penting yang perlu dilakukan terlebih dahulu agar solat yang dilakukan berjalan dengan lancar dan seeloknya solat jenazah tersebut di lakukan di masjid supaya lebih ramai jemaah dapat menyertai solat tersebut.

Persediaan Solat Jenazah 

  • Mayat hendaklah diletakkan di hadapan imam dalam keadaan melintang menghadap arah kiblat.
  • Bagi jenazah lelaki, kedudukan kepalanya berada di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
  • Untuk jenazah perempuan, kepalanya perlu berada di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian pinggangnya.
  • Bagi solat jenazah ghaib, imam dan makmum perlu mengadap kiblat tanda ada jenazah di depan.

Rukun Solat Jenazah

Setiap solat tidak kira solat lima waktu atau solat jenazah pasti ada rukun-rukunya yang perlu dituruti. Tinggal salah satu dari rukun-rukun ini akan menyebakan solat yang dilakukan tidak sah.

  • Niat pada takbiratul ihram.
  • Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  • Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  • Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  • Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  • Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  • Memberi salam sesudah takbir keempat.

Cara Solat Jenazah


1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

info-anda-niat-solat-jenazah

2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

info-anda-selawat-solat-jenazah

4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.

info-anda-doa-solat-jenazah

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.

info-anda-doa2-solat-jenazah

6. Memberi salam bermula  dari kanan dan  kiri.

Setelah selesai beri salam, kita digalakkan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq 1 kali, surah An-Nas 1 kali, surah Al-Fatihah 1 kali, surah Al-Baqarah ayat 1-5 sebanyak 1 kali, serta membaca ayat Qursi sebanyak 1 kali dan baca doa yang dirasakan ssesuai.

Semoga dengan adanya panduan solat jenazah ini membuatkan hati kita terdetik melakukan solat tersebut apabila berlaku kematian tidak kira ahli keluarga dan saudara-mara atau teman-teman.

Kelebihan Solat Jenazah

 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa'un 'alaihi.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ » . رواه اِلْبُخَارِيِّ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. Hadis riwayat Bukhari.

مَنْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ مِنْ بَيْتِهَا وَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ تَبِعَهَا حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ مِنْ أَجْرٍ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُحُدٍ . رواه ِمُسْلِمٍ

Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dan solat ke atas jenazah tersebut, kemudian dia terus mengikut jenazah tersebut sehingga ia dikebumikan, maka dia akan mendapat pahala 2 qhirat di mana setiap qhirat sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat ke atas jenazah, kemudian terus pulang, maka dia mendapat pahala seperti gunung Uhud (1 qhirat). Hadis riwayat Muslim.   

Panduan Solat Jenazah Serta Kepentingan Dan Kelebihanya Panduan Solat Jenazah Serta Kepentingan Dan Kelebihanya Reviewed by Jom Kongsi on 12:06 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.