Panduan Untuk Mendapatkan Tubuh Menawan Di Hari Persandingan

tubuh-gebu-hari-bahgia
Bagi anda yang bakal menjadi pengantin buat kali pertama dalam hidup sudah pasti mengharapkan keadaan bentuk tubuh sentiasa kelihatan ideal semasa hari persandingan berlangsung.

Untuk mendapatkan bentuk badan ideal seperti yang di impikan semasa hari bahagia, langkah pengamalan diet seimbang perlu diamalkan sejak dari awal supaya sasaran yang diletakkan tercapai.

Hasil dari pengamalan diet seimbang ini bukan sahaja menjadi bentuk tubuh kita kelihatan menawan bahkan tahap kesihatan turut meningkat.

Bagi mencapai matlamat tersebut sudah tentu ada tips atau panduan yang harus diikut dan diamalkan supaya amalan diet yang dilakukan mendatangkan hasil yang memuaskan.

1. Tubuh kita memerlukan 40 nutrien bagi menjamin kesihatan secara maksimum. Oleh itu, kita disarankan supaya mengambil makanan yang kaya dengan nutrien.

2. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Usah terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh pelbagaikan .

3. Pengambilan bijirin boleh memberi impak besar terhadap diet harian. Berat badan pasti terkawal jika anda mengambil roti dan biskut.

4. Jangan sesekali mengelakkan diri daripada mengambil ayam dan daging kerana ia mengekalkan protien. Namun sebelum itu, pastikan kulitnya dibuang terlebih dahulu.

5. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara memasaknya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.

6. Pengambilan makanan berkalori tinggi dengan jumlah sederhana amat digalakkan namun pastikan ia diseimbangkan dengan pengambilan nutrien.

7. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya dua cawan susu tanpa lemak. Alternatif lain, anda boleh menggantikanya dengan yogurt atau keju.

8. Hadkan pengambilan lemak dalam makanan yang dimasak. Begitu juga dengan minyak, penggunaanya dibenarkan tapi hanya dalam kuantiti sedikit.

9. Tidak salah jika sesekali mahu menjamah snek atau makanan ringan. Tapi pilihkah snek yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandawich, bertih jagung atau kuih popian basah.

10. Tidak menjadi masalah jika sesekali mahu makan di luar. Apa yang boleh dilakukan ialah meminta hidangan dalam saiz yang kecil.
Panduan Untuk Mendapatkan Tubuh Menawan Di Hari Persandingan Panduan Untuk Mendapatkan Tubuh Menawan Di Hari Persandingan Reviewed by Jom Kongsi on 9:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.