Brazil Berdepan Colombia Pada Saingan Suku Akhir Piala Dunia 2014

brazil-juara-worldcuo-2014

BAKAL juara Piala Dunia 2014, Brazil telah menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke aksi suku akhir apabila berjaya menundukkan Chile dengan mata 3-2 melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri.

Aksi pusingan kalah mati yang penuh dramatik itu terpkasa mengheret kedua-dua pasukan dari benua Amerika Latin itu kepada masa tambahan setelah kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Gol tunggal Brazil telah dijaringkan oleh David Luis pada minit ke-18, namun keadaan ceria seluruh penyokong Brazil kembali berubah apabila Alexis Sanches berjaya menyamakan kedudukan 14 kemudian.

Pada saingan babak kedua pusingan kalah mati, menyaksikan pemain Brazil, Hulk berjaya menyumbang satu lagi jaringan, namun malang sekali apabila jaringan tersebut dibatalkan selepas pengadil perlawanan Howard Webb memutuskan bola sudah terkena lengan pemain Brazil itu.

Penentuan sepakan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan gagal mecari gol kemenangan setelah tamat tempoh masa tambahan yang diberikan.Tiga sepakan penalti Brazil dilakukan David Luiz, Marcelo dan Neymar. Manakala dua gol penalti Chile oleh Aranguiz dan Diaz.

Dalam saingan suku akhir nanti, Brazil akan berdepan Colombia setelah berjaya membenam Uruguay. Dalam satu kenyataan media, jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari tetap optimis bahawa pasukan kendalianya mampu layak ke perlawanan akhir dan menjadi juara Piala Dunia 2014.
Brazil Berdepan Colombia Pada Saingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 Brazil Berdepan Colombia Pada Saingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 Reviewed by Jom Kongsi on 10:16 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.