Tidak Perlu Belanja Besar Kalau Nak Mahir Dalam AutoCAD & SolidWorks

Salam, artikel pendek ini diterbitkan khas untuk anda yang ingin mempelajari aplikasi AutoCAD dan SolidWorks secara mendalam dan terperinci sama ada di rumah atau di luar dengan bantuan pengajar yang berpengalaman dalam bidang berkaitan pada setiap hujung minggu.

Mungkin sebelum ini ada dari kalangan anda pernah mempelajari atau mengikuti kursus berkenaan dengan CAD di kolej atau di pusat latihan kemahiran industri seperti ILP dan IKM. Oleh kerana faktor masa dan kurang memperaktikan ilmu CAD ini telah membuatkan anda terlupa akan kegunaan dan fungsi yang terdapat dalam perisian tersebut.

Memandangkan kerjaya dalam bidang yang berkaitan dengan CAD sekarang ini boleh mendatangkan gaji lumayan, sudah tentu anda merasa teruja untuk mempelajari atau mengingati semula asas-asas penting yang berkaitan dengan dua jenis perisian CAD yang sangat popular buat masa ini iaitu AutoCAD dan SolidWorks.

cad-training-at-home

Semua itu tidak menjadi masalah jika anda berminat dan ada kesungguhan hendak belajar dan berkorban sedikit wang ringgit demi untuk mendapatkan ilmu yang sangat berguna ini. Ada orang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mempelajari ilmu CAD ini tapi sayang sekali masih gagal menguasai sepenuhnya ilmu yang di ajar kerana apa yang dipraktikan di alam pekerjaan tidak sama dengan apa yang dipelajari di tempat kursus atau kolej.

Memandangkan salah seorang admin blog InfoAnda.net mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengendalikan perisian SolidWorks dan AutoCAD serta mempunyai kelapangan waktu pada hujung minggu, maka tawaran untuk mempelajari ilmu CAD ini dibuka kepada anda yang berminat terutamanya yang tinggal di kawasan Lembah Klang. Untuk maklumat lanjut, atau pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh menghubungi kami di sini atau hantar pesanan melalui WhatsApp dengan menggunakan nombor ini 018-2826104 (Wak J)
Tidak Perlu Belanja Besar Kalau Nak Mahir Dalam AutoCAD & SolidWorks Tidak Perlu Belanja Besar Kalau Nak Mahir Dalam AutoCAD & SolidWorks Reviewed by Jom Kongsi on 1:52 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.