Apple Bakal Perkenal Jam Tangan Pintar Mewah Untuk Golongan Atasan

apple-iwatch
Oleh kerana tidak mahu ketinggalan jauh dari pengeluar gajet pintar lain seperti Samsung, Apple dikhabarkan akan melancarkan produk terbarunya berupa jam tangan pintar, iWatch yang menyasarkan golongan atasan sebagai pengguna gajet terbarunya.

Namun, sehingga ke hari ini Apple masih belum secara rasmi memperincikan mengenai produk terbarunya ini walau berita mengenai jam tangan pintar itu sudah diketahui umum.

Menurut beberapa sumber, Apple dikatakan  sedang merekrut pekerja-pekerja yang mempunyai kepakaran khas dalan industri jam tangan. Menurut sumber itu lagi, Apple akan menghasilkan jam tangan mewah pintar dengan menggabungkan teknologinya dengan pereka jam tangan mewah dunia.

Lazada Malaysia

Memetik laporan CNBC, pihak Apple telah berjaya menarik orang kuat jam tangan TAG Heuer menyertai syarikatnya. Ramai yang beranggapan ia satu perkembangan yang baik tapi berapa pula harga jam tangan pintar tersebut jika berada di pasaran kelak.

Walaupun produk jam tangan pintar ini sudah banyak terdapat di pasaran, Apple pastinya sedang mencari kelainan untuk bersaingan dengan syarikat pengeluar gajet pintar lain yang kini giat memperkenalkan produk terbaru masing-masing.
Apple Bakal Perkenal Jam Tangan Pintar Mewah Untuk Golongan Atasan Apple Bakal Perkenal Jam Tangan Pintar Mewah Untuk Golongan Atasan Reviewed by Jom Kongsi on 9:20 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.