Ingin Tahu Apa Itu Dedicated Server Dan Apa Kelebihanya

exabytes-dedicated-server

Bagi kita yang tidak biasa dan kurang mahir dalam bidang IT pasti akan tertanya-tanya apakah itu Dedicated Server. Sebenarnya penulis sendiri pun masih dalam proses mengenali dan memahami apa itu Dedicated Server yang dimaksudkan.

Dalam artikel kali ini penulis akan berkongsi serba sedikit  info berkenaan Dedicated Server yang semakin menjadi pilihan  para pengendali sever jaringan internet masa kini seperti Busuk.org, Blogged.my dan Kartikel.com.

Untuk Info Anda, Dedicated Server adalah sebuah pusat pengumpulan maklumat atau data yang bersaiz besar. Seiring dengan harga peralatan komputer semakin murah dan penggunaan internet yang semakin meluas, maka untuk mendapatkan kemudahan Dedicated Server juga semakin mudah selain kadar sewa-belinya yang murah.

Dengan adanya kemudahan Dedicated Server ini, kita tidak lagi perlu merasa bimbang sekiranya laman web yang kita dikendalikan itu menerima sejumlah besar maklumat atau pengunjung dalam satu-satu masa.
Exabytes Dedicated Server
Klik sini untuk maklumat lanjut
Dengan Dedicated Server ini juga, kita mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pusat pengumpulan data tersebut. Ia membolehkan kita bebas melakukan sebarang proses konfigurasi terhadap sever yang dimiliki mengikut keperluan. Keadaan ini pastinya berbeza dengan penyedia shared hosting yang lain di mana kita tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap sever tersebut.

Penggunaan Dedicated Server ini sangat sesuai untuk anda yang menjalankan aktiviti perniagaan terutamanya perniagaan atas talian (online) yang berskala besar. Ia perlu bagi menampung  jumlah data yang tinggi. Selain itu, Dedicated Server juga berkemampuan membuat lebih dari satu nama domain, dapat membangun layanan email yang baik, mempunyai sokongan pangkalan data dan perisian yang tidak terbatas.
Ingin Tahu Apa Itu Dedicated Server Dan Apa Kelebihanya Ingin Tahu Apa Itu Dedicated Server Dan Apa Kelebihanya Reviewed by Jom Kongsi on 8:55 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.