Akar Umbi Desak PKR Adakan EGM Segera

Wan-Azizah-Khalid-Ibrahim-mb

Kemelut pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor yang berpanjangan sehingga ke hari ini telah menyebabkan ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak seluruh pimpinan parti itu agar mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menamatkan kemelut yang melanda.

Tujuan EGM itu diadakan adalah untuk mendegar padangan ahli PKR sendiri berhubung isu pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor yang melibatkan penyandang jawatan itu, Khalid Ibrahim dan  Presiden Parti, Dati Sri Wan Azizah Wan Ismail.

Manurut ahli PKR Cabang Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Mansur Zain dalam satu temubual berkata, tindakan Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti melantik isterinya sebangai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai tidak kena dengan caranya kerana tidak mendengar pendapat ahli PKR yang lain.

Ahli akar umbi PKR turut menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim yang memilih kalangan ahli keluarganya sendiri menyandang jawatan Menteri Besar Selangor tersebut sebagai satu amalan yang tidak sihat dan bertentangan dengan perinsip parti yang menolak sebarang amalan kronisme dan nipotisme.

"Dengan mengadakan EGM , ahli dapat menyuarakan pendapat bersama, bukat setakat ahli keluarga dan pemimpin tertentu sahaja boleh membuat keputusan terhadap isu besar ini. Kita wajar memberikan contoh kepada rakyat dan parti lawan bahawa PKR mendengar pandangan ahlinya dalam membuat keputusan," katanya.

Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan perlantikan isterinya sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang didakwa telah membelakang parti dalam beberapa keputusannya yang dibuat sebelum ini.

Selain itu, Khalid Ibrahim didakwa tidak banyak membantu parti dari segi kewangan sejak menjadi Menteri Besar Selangor setelah Pakatan Rakyat berjaya menyingkirkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-12 yang lepas.
Akar Umbi Desak PKR Adakan EGM Segera Akar Umbi Desak PKR Adakan EGM Segera Reviewed by Jom Kongsi on 8:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.