Khalid Didakwa Minta 'Restu' Nik Aziz Untuk Kekalkan Jawatan Menteri Besar Selangor

khalid-nik-aziz-raya

Kunjungan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ke kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru in telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Antara spekulasi yang hangat diperkatakan ialah mendakwa kunjungan yang dilakukan Khalid Ibrahim ke Pulau Melaka, Kota Baru bukanlah kunjungan biasa tetapi bertujuan untuk meminta 'restu' berhubung masa depannya dalam politik di Selangor.

Ramai beranggapan spekulasi yang tersebar itu memang ada asanya apabila bekas Menteri Besar Kelantan itu secara terbuka menyokong kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Menteri Besar Selangor tidak perlu melepaskan jawatanya kerana tidak melakukan kesalahan besar pada parti dan juga rakyat negeri itu.

Dalam satu kenyataanya, Khalid Ibrahim menafikan bahawa kunjungannya ke sana tiada kena mengena dengan spekulasi tersebut. Jelasnya lagi, kujungan tersebut hanyalah amalan biasa yang sering dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik sempena hari raya.

Khalid Ibrahim dalam status laman sosial  Facebook miliknya menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesudian bekas Menteri Besar Kelantan itu menerima kunjunganya.
Khalid Didakwa Minta 'Restu' Nik Aziz Untuk Kekalkan Jawatan Menteri Besar Selangor Khalid Didakwa Minta 'Restu' Nik Aziz Untuk Kekalkan Jawatan Menteri Besar Selangor Reviewed by Jom Kongsi on 10:00 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.