Lanun Sulu Kembali Mengganas, Seorang Anggota Polis Marin Maut Ditembak

Seramai 8 orang berpakaian celoreng sambil menutup muka dan kepala yang dipercayai Pengganas Sulu dilaporkan telah melakukan serangan hendap di Resort Bilabong, Pulau Mabul, Semporna pada jam 11.00 malam tadi.

Menurut maklumat, seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakan sepasukanya dipercayai telah diculik oleh pengganas tersebut.

Sementara itu, beberapa sumber lain melaporkan, anggota polis marin Malaysia,  Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun tidak lama kemudian ditemui semula dalam keadaan sudah tidak bernyawa dipercayai telah ditembak oleh pengganas Sulu.

sabah-diserang-lanun-sulu

Kata sumber itu lagi menyebut, seorang anggota polis marin, Zakiah Aliep, 26 sebelum ini ditugaskan di Pulau Pinang turut hilang dipercayai telah diculik oleh pengganas namun, nasib anggota polis marin tersebut masih belum diketahui.

Kejadian serangan hendap itu telah disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi pada awal pagi ini.

Sebelum serangan bermula, anggota Polis Marin Semporna telah mendapat maklumat yang mengatakan ada berlaku kes penculikan di resort tersebut. Semasa panggilan dibuat, anggota polis marin Malaysia sedang berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas sebelum panggilan terputus.

Beberapa minggu lepas, tahap keselamatan di sekitar perairan Sabah dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.

Dalam kejadian yang berlaku ini, turut menimbulkan banyak persoalan dan keberkesanan pihak APMM yang ditugaskan menjaga keselamatan perairan negara turut dipersoal.
Lanun Sulu Kembali Mengganas, Seorang Anggota Polis Marin Maut Ditembak Lanun Sulu Kembali Mengganas, Seorang Anggota Polis Marin Maut Ditembak Reviewed by Jom Kongsi on 9:03 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.