Mangsa Pertama Mercun 2014 Jatuh Kepada Remaja 14 Tahun Dari Kelantan

remaja-mercun-2014

Tinggal lagi tiga minggu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri seorang remaja berusia 14 tahun berasal dari Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Kelantan hilang dua jari tangan kanan apabila mercun botol yang dipasang meletup secara tiba-tiba.

Menurut datuk mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain mercun bersama rakan-rakanya di rumah.

Sebelum kejadian malang itu terjadi, datuk mangsa telah menasihati cucunya jangan bermain mercun. Namun amaran tersebut tidak diendahkan.

"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya."

Jelas datuk mangsa lagi, sejerus kejadian itu berlaku cucunya terus dibawa ke Hospital Pasir Mas dengan keadaan tangan yang berlumuran darah akibat kecederaan teruk yang dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim yang turut melawat mangsa berkata kes berkenaan merupakan kes pertama di Kelantan untuk tahun ini.

Dala pada masa yang sama, Ketua Polis Kelantan turut menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak dan remaja supaya tidak bermain mercun kerana ia boleh mendatangkan kecederaan pada diri sendiri dan turut membahayakan orang lain.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa bermain mercun atau menyimpan barang terlarang tersebut merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Mangsa Pertama Mercun 2014 Jatuh Kepada Remaja 14 Tahun Dari Kelantan Mangsa Pertama Mercun 2014 Jatuh Kepada Remaja 14 Tahun Dari Kelantan Reviewed by Jom Kongsi on 9:19 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.