Pengemis, Gelandangan Antara Penyakit Sosial Yang Berlu Dicegah

gelandangan-tidor

Isu gelandangan, pengemis atau peminta sedekah tiba-tiba sahaja menjadi  berita panas di dada-dada akhbar, portal berita internet dan juga tidak ketinggalan di media sosial. Selama ini nasib golongan gelandangan tersebut tidak ada siapa pun puduli kecuali badan-badan NGO yang ditugaskan untuk membantu.

Setelah isu ini menjadi hangat, sikap rakyat Malaysia yang selama ini tidak begitu kisah dan memandang jijik terhadap golongan gelandangan  atau yang seangkatan denganya tiba-tiba bertukar luar biasa sifat prihatinya sehingga ada yang sanggup berembun di tengah-tengah ibu kota samata-mata mahu menghulurkan sebungkus nasi.

Terdapat juga segelintir pihak yang selama ini tidak pernah turun bergaul dengan golongan seperti ini tiba-tiba wajah mereka terpacul di depan lensa kamera dangan kata-kata semangat dan tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan menghentam pihak tertetu. Selebihnya, atas urusan atau kepentingan apa mereka berada di situ hanya Tuhan sahaja yang tahu.
gelandangan-politik
Politik 'Gelandangan'
Sejak cadangan membasmi golongan gelandangan dan pengemis di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dibangkitkan semula, isu ini telah mengundang pelabagai reaksi dan maklum balas dari masyarakat. Oleh kerana isu tersebut dibangkitkan disaat umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, ia menjadi perkara sensitif yang kononya tindakan bakal diambil pihak berkuasa (DBKL) itu akan menyekat mereka melakukan amal jariah seperti bersedekah.

Walau pada asalnya niat Menteri Wilayah Persekutuan itu murni untuk membasmi golongan terbiar dari mencemar imej Islam dan negara pada pandangan orang luar dengan memberi mereka bantuan dan pembelaan yang sewajarnya, namun cadangan mengenakan tindakan terhadap pemberi dan peminta sedekah dengan menyaman mereka dilihat agak keterlaluan dan ada pihak beranggapan tindakan tersebut tidak masuk akal dan kurang bijak.
gelandangan-handphone
Seorang gelandangan sedang menghubungi ahli keluarga
Disaat artikel ini dikarang, isu gelandangan masih menjadi perbahasan hangat di media sosial sehingga mencetuskan perbalahan pendapat di antara pihak yang menyokong dan menentang cadangan tersebut. Tidak kurang juga segala macam tohmahan dan fitnah tersebar kerana nafsu marah yang tidak boleh dikawal walau dalam keadaan sedang berpuasa.

Setiap isu yang timbul pasti ada pro dan kontranya. Memang benar amalan memberi sedekah pada golongan fakir dan miskin amat dituntut oleh Islam. Disebabkan kita terlalu ghairah ingin menambah pahala, adakalnya kita terlupa bahawa Islam juga melarang umatnya meminta-minta atau dalam maksud lain mengemis kerana bumi Allah ini sangat luas dan rezekiNya berada di mana-mana.
gelandangan-beratur
Gelandangan sihat tubuh badan & cukup sifat
Jika hidup di negara ini begitu susah untuk mencari sesuap nasi, seperti yang digambarkan pihak tertentu atau lebih senang disebut sebagai golongan malas, kenapa ada rakyat dari negara luar sanggup meredah lautan dan semak belukar semata-mata ingin mengubah nasib hidup mereka di sini?

Apa yang dapat diperhatikan, sifat pemurah dan dermawan rakyat Malaysia yang tidak bertempat ini turut menyumbang melaratnya penyakit sosial tersebut. Budaya memberi dan menyuap mulut golongan gelandangan ini seperti sudah menjadi satu kelaziman sehingga menyebabkan golongan terbiar tersebut semakin malas dan lebih selesa hidup merempat di kaki-kaki lima kerana ada yang sudi membantu.

Kerajaan dan NGO perlu duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian yang tuntas terhadap masalah sosial ini supaya ia tidak menjadi virus berjangkit yang akan mendatangkan mudarat pada masyarakat sekaligus membantutkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju selaras dengan tuntutan agama di mana nasib rakyatnya akan terus dibela.
Pengemis, Gelandangan Antara Penyakit Sosial Yang Berlu Dicegah Pengemis, Gelandangan Antara Penyakit Sosial Yang Berlu Dicegah Reviewed by Jom Kongsi on 2:06 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.