Saya Layak Ambil Alih Tugas MB Selangor - Wan Azizah

wan-azizah-kipas

Isteri kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan bahawa pengambil alihan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim adalah satu tanggungjawab besar oleh beliau.

Wan Azizah dalam satu kenyataan medianya ketika menghadiri majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya sekadar 'boneka' kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut menyatakan dirinya tidak kisah dikritik oleh mana-mana pihak sama ada dari musuh politiknya atau orang dalam sendiri yang tidak berpuas hati dengan pencalonan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Usul perlantikan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor telah dibuat pada Majlis Pimpinan Pusat PKR. Keputusan tersebut terpaksa dibuat ekoran keengganan Tan Sri Khalid Ibrahim bekerjasama membantu parti dengan menyalurkan dana dari rizab simpanan kerajaan negeri.

Cadangan perlantikan Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor mendapat tentangan hebat dari Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu. Pendirian Presiden PAS itu juga turut disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat dengan alasan Menteri Besar Selangor itu tidak melakukan sebarang kesalahan besar yang boleh menjejaskan nama baik Pakatan Rakyat.
Saya Layak Ambil Alih Tugas MB Selangor - Wan Azizah Saya Layak Ambil Alih Tugas MB Selangor - Wan Azizah Reviewed by Jom Kongsi on 10:57 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.