Argentina Berdepan Laluan Sukar Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Sama hebat sama kuat tetapi hanya satu pasukan sahaja yang akan layak ke pusingan akhir sama ada bertemu Brazil atau Jerman. Argentina bakal berdepan laluan sukar apabila terpaksa bertemu Belanda disaingan separuh akhir setelah menundukkan Belgium 1-0 hasil rembatan Gonzalo Higuain pada minit kelapan perlawanan.

Untuk info anda, kali terakhir pasukan Argentina beraksi dalam perlawanan separuh akhir ialah pada tahun 1990, namun hasrat pasukan itu untuk menjadi juara  terhalang setelah tewas kepada Jerman pada pusingan akhir.

argentina-semi-final-2014

Memetik laporan AFP, jurulatih Belgium, Marc Wilmots dalam satu kenyataanya telah melabelkan Argentina sebagai sebuah pasukan yang biasa dan tidak sehebat seperti yang digambarkan oleh media massa negara itu. Menurut jurulatih itu lagi, Argentina hanya bernasib baik kerana memiliki pemain berbakat seperti Lionel Messi.

Walau kelihatan kecewa, namun jurulatih Belgium itu tetap akur terhadap kekalahan tipis negaranya kerana kelebihan pengalaman yang dimiliki oleh Argentina dalam perlawanan tersebut.

“Kami lihat pengalaman Argentina dalam situasi ini, apa pun kami belajar dari kekalaan ini. Kami amat kecewa tapi saya bangga dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pemain saya.” katanya.
Argentina Berdepan Laluan Sukar Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 Argentina Berdepan Laluan Sukar Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 Reviewed by Jom Kongsi on 9:49 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.