Jerman Lega Brazil Turun Tanpa Tonggak Utama Pada Saingan Separuh Akhir

Sebelum sepak mula  perlawanan penentuan peringkat separuh akhir  antara Brazil dan Jerman berlangsung, jurulatih Jerman, Joachim Loew sempat meluahkan rasa sedihnya kerana bintang Brazil, Neymar tidak dapat menyertai pasukan negaranya berkasi bertemu Jerman akibat kecederaan yang dialami.

Biarpun agak sedih dengan nasib malang yang menimpa pemain kelab Barcalona tersebut, jurulatih dari Jerman itu sempat menzahirkan rasa lega kerana anak buahnya tidak perlu berdepan dengan cabaran sukar ketika bertemu Brazil nanti kerana tuan rumah Piala Dunia 2014 itu akan beraksi tanpa beberapa orang tonggak utamanya.

germany-world-cup-2014

Jelas jurulatih Jerman itu lagi, memang agak malang bagi pasukan Brazil kerana bukan sahaja kehilangan Neymar tetapi khidmat kapten pasukan, Thiago Silva juga tidak dapat digunakan kerana pemain tersebut digantung perlawanan.

Sebelum menamatkan sidang media, Loew turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah terhadap keupayan Brazil walau pasukan itu bermain tanpa tonggak utama kerana dalam perlawanan bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.
Jerman Lega Brazil Turun Tanpa Tonggak Utama Pada Saingan Separuh Akhir Jerman Lega Brazil Turun Tanpa Tonggak Utama Pada Saingan Separuh Akhir Reviewed by Jom Kongsi on 11:41 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.