Luis Suarez Masih Bernilai Tinggi Walau Dilanda Pelbagai Kontroversi

Bintang Liverpool yang bergigi jongang, Luis Suarez dilaporkan akan bermain dengan kelab dari Spanyol iaitu Barcalona dengan  yuran perpindahan sebanyak £63 juta setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat hari ini

Suarez yang akan diberikan kontrak selama lima tahun dalam kelab tersebut turut tersenarai sebagai pemain keempat menerima bayaran tertinggi selepas Lionel Messi, Neymar dan Andres Iniesta.

suarez-jongang

Dalam pada masa yang sama juga, kelab bola sepak Liverpool yang berasal dari England itu tetap meneruskan rundingan bagi mendapatkan khidmat pemain Chile, Alexis Sanchez untuk bermain dengan kelab mereka pada musim depan.

Selain itu, khidmat Sanchez turut diintai oleh beberapa buah kelab bola sepak Liga Perdana Inggris (EPL) seperti Manchester United dan juga Arsenal yang telah menawarkan gaji lumayan kepada pemain itu. Sanchez dilaporkan akan ke Barcalona dalam masa terdekat bagi membincangkan masa depanya dengan kelab itu.

Penguman rasmi mengenai perpindahan Luis Suarez ke Barcalona dijangka akan dibuat pada hari Isnin depan.
Luis Suarez Masih Bernilai Tinggi Walau Dilanda Pelbagai Kontroversi Luis Suarez Masih Bernilai Tinggi Walau Dilanda Pelbagai Kontroversi Reviewed by Jom Kongsi on 3:31 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.