Neymar Tersenarai Antara 10 Calon Permain Terbaik Piala Dunia 2014

neymar-best-player-2014

Siapa bakal jadi pemenang pemain terbaik bagi kejohanan Piala Dunia kali kini masih lagi menjadi teka-teki. Menurut  FIFA,  keputusan siapa yang layak mengondol anugerah pemain terbaik tersbut akan diumumkan selepas perlawan akhir penentuan juara Piala Dunia 2014.

Pemain Jerman dilihat berpeluang dinobat sebagai pemain terbaik apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menyenaraikan  lima pemain dari pasukan itu. Antaranya ialah Mats Hummels, Toni Kroos, Philip Lahm dan Thomas Mueller.

Selain dari Jerman, FIFA turut menyenaraikan pemain Argentina seperti Lionel Messi, Angle Di Maria dan pemain tengah negara itu, Javier Mascherano.

Biarpun Brazil sudah tersingkir dari saingan Piala Dunia 2014, Neymar merupakan calon tunggal tuan rumah yang dirasakan layak  oleh kumpulan pengkaji teknikal FIFA untuk  memenagi anugerah bola emas tersebut.

Arjen Robben dari Belanda dan James Rodriquez dari Colombia yang menjaringkan enam gol sepanjang pembabitan Piala Dunia 2014 turut melengkapkan senarai.
Neymar Tersenarai Antara 10 Calon Permain Terbaik Piala Dunia 2014 Neymar Tersenarai Antara 10 Calon Permain Terbaik Piala Dunia 2014 Reviewed by Jom Kongsi on 9:21 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.