Scolari Tetap Yakin Neymar Mampu Cergas Sepenuhnya Sebelum Menentang Colombia

Bintang bola sepak Brazil, Neymar yang dilaporkan sedang menjalani rawatan pada lutut kanan dan hamstring dijangka turun ke gelanggang dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk bertemu Colombia dalam saingan suku akhir yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut Pengarah  Komunikasi Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Rodrigo Pavia dalam kenyataannya kepada media memberi tahu bahawa bintang Brazil itu akan berehat buat sementara waktu dan pembabitanya dalam sesi latihan akan dikurangkan bagi mengelak kecederaan sama berulang.

neymar-cedera-piala-dunia-2014

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari sebelum ini pernah membangkitkan keresahan mengenai peluang Neymar untuk beraksi menentang Colombia selepas dia dikeluarkan dalam perlawanan penuh dramatik pusingan kedua bertemu Chile di Belo Horizonte, sebelum ini.

Ketika menjawab soalan pemberita tentang nasib Neymar, jurulatih Brazil itu menyatakan harapan bahawa anak buahnya akan kembali cergas sepenuhnya dalam masa empat atau lima hari lagi sebelum boleh beraksi pada perlawanan seterusnya.

Namun Scolari menegaskan bahawa pihak CBF akan terus memantau keadaan Neymar sebelum sebarang keputusan dibuat samada pemaian bola kelab Barcelona itu boleh beraksi atau tidak pada saingan suku akhir nanti.
Scolari Tetap Yakin Neymar Mampu Cergas Sepenuhnya Sebelum Menentang Colombia Scolari Tetap Yakin Neymar Mampu Cergas Sepenuhnya Sebelum Menentang Colombia Reviewed by Jom Kongsi on 10:04 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.