Anak Perempuan Putin Dihalau Keluar Dari Belanda

mh17-maria-putin
Kemarahan rakyat Belanda terhadap Presiden Rusia, Viladimir Putin yang didakwa terlibat dengan insiden pengeboman pesawat MH17 milik penerbangan Malaysia Airlines (MAS) turut tempias kepada anak perempuanya yang menetap di negara itu.

Anak perempuan kepada Presiden Rusia, Maria Putin dilaporkan telah meninggalkan kediaman mewahnya yang terletak di pinggir bandar Voorschoten tanpa diketahui umum setelah media Ukraine mendedahkan alamat kediaman beliau.

Memetik laporan The Mirorr, Maria bersama kekasihnya, Jorrit Faasen yang juga warga Belanda didakwa telah meniggalkan kediamanya setelah berita insiden pesawat MH17 yang mengaitkan bapanya itu tersebar di seluruh Belanda.

Datuk Bandar Hilversum, Pieter Broetjes sebelum ini dilaporkan  dalam satu temubualnya di radio berkata, beliau juga mahukan anak Perdana Menteri Rusia itu diusir keluar dari negaranya.

Dalam kejadian malang yang menimpa pesawat MH17 itu turut mengorbankan 193 penumpang warga Belanda.

Kerajaan Belanda dilaporkan menyalahkan  kumpulan pemisah pro Rusia di atas nahas yang berlaku dan menyuarakan kemarahan terhadap Putin kerana mempercayai Presiden Rusia itu terlabat dalam insiden tersebut.

Anak Perempuan Putin Dihalau Keluar Dari Belanda Anak Perempuan Putin Dihalau Keluar Dari Belanda Reviewed by Jom Kongsi on 3:21 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.