Kerajaan Malaysia Berharap Kotak Hitam Pasawat MH17 Di Analisis Segera

mh17-crash-infoanda

Memetik dari sumber Reuters, salah seorang jurugambar dari agensi itu melaporkan kotak hitam kedua milik pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai berhampiran kawasan nahas berlaku.

Sebelum itu, menurut  berita dari agensi berita Interfax melaporkan bahawa kumpulan pemisah pro-Rusia telah menjumpai kotak hitam pertama dan akan memindahkan kotak hitam tersebut ke Moscow, Rusia untuk pemeriksaan.

Pesawat MH17 yang dikatakan membawa 283 penumpang bersama 15 anak kapal dari Belanda itu dipercayai ditembah jatuh dengan peluru berpandu dari darat ke udara sehingga menyebabkan kesemua anak kapal dan penumpang mati terhempas.

Pihak OSCE komited bahawa pihak pemberontak akan menyediakan akses yang penuh kepada  jawatankuasa penyiasat kebangsaan dan pakar antarabangsa di kawasan nahas berlaku dan pihak pemberontak turut memberi jaminan tehadap keselamatan mereka.

Berikutan insiden malang yang menimpa pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu, Kerajaan Malaysia berharap agar segala maklumat yang terkandung dalam kedua-dua kotak hitam tersebut dapat dianalisi segera untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan pihak mana yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.
Kerajaan Malaysia Berharap Kotak Hitam Pasawat MH17 Di Analisis Segera Kerajaan Malaysia Berharap Kotak Hitam Pasawat MH17 Di Analisis Segera Reviewed by Jom Kongsi on 10:20 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.