Setelah Kapal Terbang Dibom, Barangan Milik Mangsa Pula Jadi Sasaran Pencuri

mh17-luggage-stolen

Disaat seluruh ahli keluarga dan waris mangsa yang terlibat dengan insiden MH17 sedang bersedih dengan nasib malang yang menimpa penumpang pesawat malang itu, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mencuri barangan milik mangsa.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku akibat kekurangan anggota keselamatan yang mengawal keadaan tempat nahas sehingga ada pihak mengambil kesempatan mencuri barang berharga milik mangsa yang berselerakkan.

Memetik laporan USA Today penduduk setempat yang berada di lokasi kejadian memberitahu kebanyakkan bagasi milik mangsa ditarik keluar dan di bawa kesuatu tempat sebelum digeledah untuk mendapatakan apa sahaja barangan yang bernilai.

Dalam kejadian yang menimpa pesawat penerbangan milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan berlepas dari Amsterdam menuju ke  Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah ditembak jatuh dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal

Kerajaan Rusia dalam satu laporan medianya menuding jari kepada Ukraine sebagai pihak yang bertanggungjawab  melakukan pengeboman terhadap pesawat yang dinaiki orang awam itu dengan bermotifkan balas dendam.
Setelah Kapal Terbang Dibom, Barangan Milik Mangsa Pula Jadi Sasaran Pencuri Setelah Kapal Terbang Dibom, Barangan Milik Mangsa Pula Jadi Sasaran Pencuri Reviewed by Jom Kongsi on 6:01 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.