Bukan Mudah Hendak Berlakon Dengan Maria Farida

maria-farida-infoanda

Pelakon jelita walau sudah berusia, Maria Farida dalam satu temubualnya bersama wartawan hiburan tempatan hari ini menyatakan kenggananya  bekerjasama dengan beberapa artis baru yang mempunyai masalah disiplin.

Maria menjelaskan keenggananya berkerjasama dengan artis yang bermasalah kerana tidak mahu menjejaskan tumpuanya ketika berlakon dalam sesebuah drama atau filem.

Bagi Maria, setiap tawaran berlakon yang datang, pihaknya akan memastikan terlebih dahulu senarai artis yang terlibat. Sekiranya terdapat artis yang bermasalah, maka tawaran berlakon yang diberi itu akan ditolak sekiranya pihak penerbit tidak memenuhi permintaanya.

Menurut Maria lagi, walau tidak semua tetapi masih terdapat segelintir artis baru mempunyai masalah disiplin yang teruk, sering datang lewat ke lokasi pengambaran dan kurang memberi tumpuan ketika berlakon.

Sebagai pelakon senior Maria juga  turut berkongsi pengalamanya menegur beberapa artis baru hendak meningkat naik. Katanya, ianya perlu dilakukan supaya artis-artis  baru ini agar lebih menghargai masa dan menghormati orang lain.
Bukan Mudah Hendak Berlakon Dengan Maria Farida Bukan Mudah Hendak Berlakon Dengan Maria Farida Reviewed by Jom Kongsi on 9:48 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.