Wanita Malaysia Tawar 'Jihad Seks' Pada Pejuang Islam Di Syria?

jihad-women-sex

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan bahawa maklumat yang disiarkan oleh sebuah portal berita mengenai tiga wanita Malaysia menyertai misi 'Jihad Seks' di Asia Barat bukan dari sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Khalid, tindakan dan siasatan terhadap laporan dari portal berita tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat untuk memastikan kesahihan berita tersebut supaya ia tidak mencemarkan imej PDRM serta kepentingan dan nama baik negara.

Baru-baru ini, sebuah portal berita mendakwa tiga wanita warganegara Malaysia dipercayai terlibat menyertai pasukan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syiria (ISIL) untuk menwarkan khidmat seks atau dalam istilah Islamiknya, Jihad Al-Nikah di Asia Barat.

Menurut beberapa pandangan, konsep Jihad Al-Nikah ini merujuk kepada sekumpulan wanita Sunni dikatakan menawarkan khidmat seks kepada pejuang-pejuang Islam di medan perang bertujuan untuk menaikkan semangat mereka apabila berdepan dengan musuh demi menegakkan undang-undang Islam.

Pada sekitar tahun 2013, kosnep Jihad Al-Nikah yang dipelopori oleh fahaman Wahabi ini bertujuan untuk menyemarakan moral pejuang Islam terhadap rejim Bashar al Assad di Syria dengan menyeru golongan wanita Sunni supaya tampil secara sukar rela menawarkan khidmat seks atas nama jihad.
Wanita Malaysia Tawar 'Jihad Seks' Pada Pejuang Islam Di Syria? Wanita Malaysia Tawar 'Jihad Seks' Pada Pejuang Islam Di Syria? Reviewed by Jom Kongsi on 10:11 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.