Tingkatkan Mutu Penulisan Sambil Jana Pendapatan Lumayan Di Advertorial.My

make-money-with-blog
Terpengaruh dek pujukan Hasrul Hassan dalam tulisan blog miliknya yang bertajuk Jana Income Blog Menerusi Advertorial.My, penulis akhirnya membuat keputusan untuk menyertai program jana pendapatan melalui penulisan berbentuk review seperti yang disarankan.

Betul ke boleh dapat banyak duit jika menyertai program menulis review seperti yang ditawarkan oleh Advertorial.My? Sebelum mendaftar sebagai Publisher di Advertorial.My persoalan tersebut sering bermain di minda penulis.

Oleh kerana hendak menambah punca rezeki dan memantapkan mutu penulisan, penulis  campak jauh-jauh segala momokan pihak tertentu yang beranggapan menyertai program seperti ini sukar untuk menjana pendapatan lumayan seperti yang diharapkan. Selagi kita tidak mencuba macam nak tahu berhasil ke tidak.

Apa yang penulis faham setakat ini mengenai Advertorial.My, selain menjadi platform untuk menjana pendapatan buat blogger melalui penulisan kreatif di blog mereka tentang sesuatu produk, ia juga turut memberi kelebihan kepada usahawan dan ahli perniagaan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengoptimumkan segenap ruang yang ada di alam siber ini terutamanya melalui kaedah advertorial marketing.


Tawaran yang diberikan Advertorial.My kepada blogger di luar sana yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia pengiklanan secara online ini tanpa memilih bulu atau hanya memilih blogger yang tip top sahaja , bagi penulis ia merupakan satu  peluang keemasan yang harus direbut tanpa perlu berfikir terlalu panjang dengan terus mendaftar di sini.

Apa yang paling membuatkan penulis tertarik  tentang Advertorial.My ialah  kita diberi peluang menentukan sendiri caj atau harga yang dirasakan wajar bagi sesebuah hasil penulisan advertorial yang diterbitkan di blog.

Akhir kalam, penulis ada sedikit pesanan buat usahawan di Advertorial.My yang berminat dan bakal menggunakan khidmat blog Info Anda sebagai medium pengiklanan, secara automatiknya review berkenaan produk anda atau bahan iklan yang berkaitan seperti banner di blog ini akan turut disiarkan di beberapa rangkaian blog kami yang lain dan juga laman sosial yang berada di bawah label Jering Daily Media & Services dengan kadar bayaran paling minima.
Tingkatkan Mutu Penulisan Sambil Jana Pendapatan Lumayan Di Advertorial.My Tingkatkan Mutu Penulisan Sambil Jana Pendapatan Lumayan Di Advertorial.My Reviewed by Jom Kongsi on 11:46 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Saya pun dah terpengaruh jugak nak join advertorial.MY ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami di Info Anda doakan semoga Tuan berjaya dan cepat kaya..

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.