Lana Nordin Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki Bertatu

lana-nordin-aset
Nama Lana Nordin sememangnya sudah tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tanah air. Anak seni ini bukan sahaja diakui berbakat dalam bidang lakonan tapi tidak kurang juga hebatnya terlibat dengan gosip dan kontroversi.

Lana atau nama kampungnya, Mazlina Hasan Nordin yang juga terkenal dengan  gelaran 'Pamela Anderson' versi Malaysia disebabkan bentuk payudaranya hampir sama besar dengan pelakon siri Baywatch tersebut ketika dihubungi wartawan hiburan telah menafikan segala gosip liar yang mendakwa dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka kacak bertatu.

Pada Ahad lalu, Lana telah memuat naik sekeping gambar bersama seorang pemuda kacak  di  laman Instagram untuk dikongsi bersama pengikutnya. Foto yang dimuat naik itu turut menjadi bualan hangat para pengikutnya yang menyifatkan jejaka berkenaan tidak sesuai menjadi kekasihnya kerana mempunyai banyak tatu di badan.

Ketika ditanya tentang hubunganya dengan jejaka tersebut, Lana menjelaskan bahawa dirinya memang rapat dengan jejaka kacukan Amerika-Korea itu tetapi sebagai jurulatih terjun udara dan tidak lebih dari itu.

Bagaimanapun Lana enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki berkenaan dan turut memadam gambar tersbut dari laman Instagram miliknya kerana tidak mahu mengundang kontrovesi yang lebih besar sehingga menimbulkan rasa kurang selesa terhadap individu  yang bersamanya di dalam gambar tersebut.

Lana kini sedang bercuti sambil mengikuti latihan terjun udara di Jepun. Pelakon drama Takdir Qismah ini, turut berkongsi perasaan teruja kerana tidak lama lagi hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal menjadi kenyataan.

Lana-jejaka-tatu
Lana Nordin Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki Bertatu Lana Nordin Nafi Jalin Hubungan Cinta Dengan Lelaki Bertatu Reviewed by Jom Kongsi on 10:06 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.