Pesta Memuja Zakar Di Jepun Yang Unik

pesta-zakar-jepun-info-1

Memuja zakar sememangnya satu perbuatan pelik bagi sesetangah orang atau budaya masyarakat lain di dunia ini.

Namun tidak bagi masyarakat Jepun kerana perbuatan memuja zakar bagaikan sudah menjadi adat budaya mereka sejak berkurun dulu sehingga ia dimasukkan ke dalam kalender perlancongan negara itu.

Jadi, tidak mustahil masyarakat Jepun cukup dikenali dunia sebagai penggemar aktiviti seks walau dari segi sifat luaran diri mereka menunjukkan sebaliknya.

Menurut sumber, tradisi memuja zakar ini dipercayai telah bermula sejak 1,500 tahun dahulu. Pesta ini hanya berlaku pada musim bunga.

pesta-zakar-jepun-info-2

Festival Zakar atau dalam bahasa tempatan disebut Honen-sai Matsuri, diraikan pada setiap kali tiba musim bunga itu bertujuan untuk membawa kesuburan dan memberi hasil tuaian yang baik kepada rakyat.

Jika berada di kampung Komaki yang jaraknya kira-kira 45 minit dari pusat bandar Nagoya, terdapat sebuah kuil lama yang dibina khas untuk menempatkan replika zakar yang dihantar penduduk setempat atau orang luar yang datang dengan niat atau hajat tertentu.

Setiap tahun, replika zakar gergasi  baru yang diperbuat dari pokok Cypress (Hinoki) yang panjangnya mencecah hingga 13 kaki dan beratnya kira-kira 280 kilogram dibina  oleh seorang tukang khas dengan menggunakan alatan serta teknik pembuatan mangikut amalan tradisi kuno.

Selain itu, pesta memuja zakar ini adalah satu simbolik bagi masyarakat Jepun yang mempercayai bahawa alat kemaluan lelaki merupakan satu simbol yang mewakili intipati perpaduan antara lelaki dan wanita di muka bumi.

Tidak mengira peringkat usia samada tua atau muda, baik lelaki mahupun wanita, setiap kali tiba pesta ini mereka akan berkumpul dan berarak membawa replika zakar masing-masing sambil bersorak, menyanyi dengan diiringgi alunan muzik.

pesta-zakar-jepun-info-3
Pesta Memuja Zakar Di Jepun Yang Unik Pesta Memuja Zakar Di Jepun Yang Unik Reviewed by Jom Kongsi on 3:00 PTG Rating: 5

4 ulasan:

  1. mereka memang bersopan santun tapi bila masuk bab bab seks ni.... hanya Allah yang tahu,

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.