Bomoh Arah Pesakit Lakukan Oral Seks Berdepan Hukuman Penjara Dan Sebatan

bomoh-cabul-wanita
Gambar hiasan
Seorang pengamal perubatan tradisional berusia 58 tahun, Mohd Rashid Mohd Din, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabie dan mencabul pesakitnya di sebuah rumah di di Gedung Lalang, Ampangan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 20 Sepetember lalu sekitar jam 3.00 petang hingga 7.15 malam, melibatkan seorang pesakit wanita muda berusia 26 tahun yang datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pertuduhan yang sama, isteri kepada tertuduh, Noralia Daie, 51 tahun pula turut didakwa kerana bersubahat dengan membantu suaminya melakukan aktiviti seks di luar tabie dan mencabul mangsa.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan, sekiranya Mohd Rashid didapati bersalah, hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan tertakluk di bawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan.

Bagi tuduhan bersubahat, Noralia pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Seksen,  Datuk Jagjit Singh Bant Singh telah memutuskan kedua-dua terduh dibenarkan diikat jamamin sebanyak RM15,000 bagi Mohd Rashid, manakala RM8,000 bagi Noralia dengan seorang penjamin.
Bomoh Arah Pesakit Lakukan Oral Seks Berdepan Hukuman Penjara Dan Sebatan Bomoh Arah Pesakit Lakukan Oral Seks Berdepan Hukuman Penjara Dan Sebatan Reviewed by Jom Kongsi on 10:41 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.