Hukuman Sebat Dan Penjara Bekas Anggota Ruffedge Kekal

ruffedge-rogol-anak-tiri

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada semalam telah membuat keputusan mengekalkan hukuman 10 sebatan dan 20 tahun penjara terhadap salah seorang bekas  anggota kumpulan rap tanah air, Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya.

Menurut Hakim Nurcahaya Arshad, hukuman yang diputuskan itu adalah setimpal terhadap kesalahan rogol yang dilakukan oleh individu tersebut.

Katanya, jenayah rogol bukan sahaja satu kesalahan serius, malah perbuatan terkutuk itu juga turut menyebabkan mangsa mengalami taruma sepanjang hidupnya.

Jelas beliau lagi, sebagai seorang yang bergelar bapa walau hanya bapa tiri, si pesalah sepatutnya perlu melindungi anaknya walau apa dalam keadaan sekalipun.

Pada dua tahun lepas, seorang penyanyi sebuah kumpulan muzik berkonsepkan hip hop yang pernah popular pada masa itu, ditahan polis selepas didakwa memperkosa anak tirinya yang berusia 14 tahan di kediamanya. Perbuatan rogol tersebut dilaporkan berlaku jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan minimum 10 sebatan.
Hukuman Sebat Dan Penjara Bekas Anggota Ruffedge Kekal Hukuman Sebat Dan Penjara Bekas Anggota Ruffedge Kekal Reviewed by Jom Kongsi on 8:19 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.